Pengemaskinian penjejak COVID-19 antarabangsa: 27 Mac

Pengemaskinian penjejak COVID-19 antarabangsa: 27 Mac
oleh
YouGov mengkaji tingkah laku dan sikap dalam 25 pasaran Beberapa negara dalam Penjejak COVID-19 antarabangsa YouGov – termasuk India, Malaysia, Filipina, Arab Saudi, UK, dan pelbagai negeri di AS – berada dalam perintah berkurung antara tempoh tinjauan terdahulu dengan tinjauan terbaru, dan kesannya di negara tersebut dilihat daripada bilangan orang yang mengelakkan diri dari tempat yang sesak atau pergi ke pejabat. Contohnya, di India, jumlah orang yang melaporkan mereka mengelakkan diri daripada pergi ke tempat kerja meningkat daripada 26% kepada 63%. Manakala, di Malaysia, angka ini naik mendadak daripada 14% kepada 55%.
 
Di UK, jumlah orang yang mengelak dari tempat awam yang sesak meningkat daripada 57% kepada 80%. Nilai ini menempatkan negara ini selaras dengan negara lain yang sudah berada dalam perintah berkurung dalam tempoh yang lebih lama. Sesetengah negara juga menunjukkan peralihan yang besar walaupun tidak diminta berada di rumah. Di Jerman, walaupun rakyat dinasihati mengamalkan langkah-langkah penjarakan sosial dan tidak berada dalam perintah berkurung, peratusan orang yang mengelakkan diri daripada berada di tempat yang sesak meningkat daripada 46% kepada 70%.
 
Begitu juga di Indonesia, yang tidak menguatkuasakan perintah berkurung pada masa tinjauan terkini, bilangan orang yang mengelakkan diri daripada berada di tempat awam meningkat daripada 51% kepada 73%, dan mereka yang mengelakkan diri daripada keluar ke tempat kerja meningkat daripada 18% kepada 47%. Orang Sweden dan Finland paling kurang kemungkinan untuk berhenti bersosial kerana hanya 44% dan 47% menyatakan mereka mengelakkan diri dari tempat yang sesak. Tahap ketakutan terus-menerus meningkat di kebanyakan negara Kebimbangan paling ketara berlaku di UK kerana 61% orang British kini menyatakan mereka sangat takut atau agak takut dijangkiti penyakit ini, berbanding 48% pada minggu lepas. Tahap ketakutan juga ketara meningkat di Australia dan Jerman. Kedua-dua negara ini naik 12 peratus mata yang menunjukkan mereka sangat risau atau agak risau mereka akan dijangkiti virus ini (meningkat daripada 35% kepada 47% di Australia dan 37% kepada 49% di Jerman).
 
Populasi India, Kanada, Mexico dan Amerika juga meningkat dua angka untuk bilangan orang yang takut menjadi mangsa virus ini. Di empat negara Nordic, tiada perubahan kebimbangan dari seminggu ke seminggu. Termasuk Mexico, rakyat di 5 negara ini yang paling kurang risau kerana hanya 27-42% meluahkan rasa takut. Usaha kerajaan/pemerintah Sokongan untuk pelbagai usaha yang boleh diambil oleh kerajaan/pemerintah semakin meningkat di negara yang dikaji. Orang India dan Jerman terutamanya berada dalam kalangan mereka yang paling konsisten menyokong usaha kerajaan/pemerintah untuk memerangi penyakit ini, dengan peningkatan dua digit yang menyokong hampir semua usaha.
 
Di Singapura – pada minggu lepas, kami menunjukkan sikap rakyat yang semakin berlembut hati – namun begitu, terdapat perubahan berbalik yang ketara yang melibatkan kebenaran penerbangan dari negara yang mempunyai kes COVID-19. Bilangan orang Singapura yang mahu menyekat penerbangan dari tempat terjejas meningkat sebanyak 18 peratus mata kepada 56%. Ini kali pertama majoriti rakyat menyokong usaha pemerintah sejak kami mula menjejak.