Satu perempat daripada rakyat Malaysia telah mengalami keinginan untuk membunuh diri

Satu perempat daripada rakyat Malaysia telah mengalami keinginan untuk membunuh diri
oleh

Satu daripada sepuluh orang dewasa muda sering terlibat dalam mencederakan diri sendiri

 

Penyelidikan YouGov terkini mendapati bahawa satu perempat (24%) daripada rakyat Malaysia telah mengalami keinginan untuk membunuh diri.

Manakala dua daripada sepuluh (18%) ‘jarang’ mempunyai keinginan untuk membunuh diri, satu daripada dua puluh (5%) rakyat Malaysia sering mengalaminya. Rakyat Malaysia yang lebih muda (berumur 18 hingga 24 tahun) cenderung untuk mengalami ini lebih daripada rakyat Malaysia yang lebih tua (berumur 55 dan ke atas) (32% vs. 9%).

Satu perempat (26%) telah terlibat dalam mencederakan diri sendiri. Sekali lagi, ini adalah lebih lazim di kalangan rakyat Malaysia yang lebih muda, dengan satu pertiga (32%) mencederakan diri sendiri. Di kalangan warga Malaysia yang lebih muda, data menunjukkan bahawa hampir satu daripada sepuluh (9%) sering mencederakan diri sendiri.

Satu daripada sepuluh (10%) telah mengalami beberapa bentuk masalah kesihatan mental dalam hidup mereka. Rakyat Malaysia lebih muda adalah lima kali lebih cenderung untuk menyatakan bahawa mereka mempunyai masalah kesihatan mental berbanding rakyat Malaysia dewasa (11% vs. 2%). Golongan yang berpendapatan lebih tinggi (pendapatan RM7,000 sebulan dan lebih) juga kelihatan cenderung mempunyai masalah kesihatan mental berbanding golongan berpendapatan rendah (pendapatan RM3,000 sebulan dan kurang) (13% vs. 6%).

Masalah kesihatan mental yang paling biasa dialami adalah kemurungan (73%) dan keresahan/kerisauan (53%). Walau bagaimanapun, hanya dua daripada lima (43%) daripada mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental pergi mendapatkan bantuan profesional. Lelaki lebih cenderung untuk mendapatkan bantuan berbanding wanita (50% vs. 40%), dan golongan berpendapatan tinggi lebih cenderung untuk mendapatkan bantuan berbanding golongan berpendapatan rendah (47% vs. 35%).

Halangan utama untuk mendapatkan bantuan profesional adalah tidak pasti di mana ingin mendapatkan bantuan (56%), diikuti dengan kos (50%). Alasan lain termasuk rasa malu atau stigma sosial (38%) dan bimbang tentang komitmen masa (25%).

Secara keseluruhan, rakyat Malaysia cenderung untuk merawat kesihatan mental secara serius. Majoriti besar (93%) berpendapat bahawa kesihatan mental perlu diambil serius sama seperti kesihatan fizikal Lebih empat daripada lima (85%) bersetuju bahawa kesihatan mental harus dilindungi oleh insurans, dan sembilan daripada sepuluh (92%) berpendapat bahawa pekerja berhak mendapat cuti sakit untuk masalah kesihatan mental.

Jake Gammon, Ketua Omnibus APAC di YouGov Omnibus berkata: “Ramai orang yang mempunyai masalah kesihatan mental menderita dalam diam, seperti yang dapat dilihat daripada jumlah ketara mereka yang memilih untuk tidak meminta bantuan. Bilangan rakyat Malaysia yang mengalami tingkah laku merosakkan seperti keinginan membunuh diri dan mencederakan diri sendiri adalah pada tahap membimbangkan, khususnya lazim di kalangan orang dewasa muda. Kami berharap tinjauan ini memberi penerangan tentang topik kesihatan mental, dan bagaimana ia menjejaskan individu secara berbeza”

***Keputusan berdasarkan 1,027 rakyat Malaysia yang ditemu bual oleh YouGov Omnibus