Satu dari lima orang Malaysia pernah mengalami masalah diskriminasi perkauman untuk menyewa hartanah

Satu dari lima orang Malaysia pernah mengalami masalah diskriminasi perkauman untuk menyewa hartanah
oleh

Rakyat Malaysia memberikan pendapat berbeza dalam isu ini

Satu dari lima orang (21%) rakyat Malaysia mengalami isu diskriminasi kaum untuk menyewa hartanah, menurut dari kaji selidik dari YouGov.

Kajian menunjukkan rakyat Malaysia berbangsa India adalah yang paling terjejas dengan isu ini, dengan kurang separuh (46%) berkata mereka mengalami diskriminasi. Jumlah ini agak besar berbanding etnik Cina (20%) dan Melayu (18%) yang menyatakan mereka mengalami isu yang sama.

Kajian YouGov mendapati satu pertiga (34%) dari rakyat Malaysia tinggal di hartanah yang disewa. Tujuh dari sepuluh orang (69%) menyatakan mereka pernah menyewa.

Enam dari sepuluh orang (62%) juga menyatakan mereka pernah membaca iklan yang memaparkan kaum penyewa pilihan (contohnya sewaan untuk kaum-kaum tertentu sahaja). Satu pertiga (35%) dari rakyat Malaysia pernah mengenali seseorang yang pernah mengalami isu perkauman apabila ingin menyewa, dan angka ini melonjak kepada enam dari sepuluh orang (63%) dikalangan masyarakat India.

Di kalangan responden, dua dari lima orang (37%) rakyat Malaysia percaya pilihan kaum tertentu dalam iklan menyewa adalah satu sikap perkauman, dengan etnik India bersetuju dengan pernyataan ini (58%). Walaubagaimanapun, tiga dari sepuluh orang (32%) dari seluruh rakyat berpendapat, pilihan kaum-kaum tertentu adalah bagus untuk perniagaan mereka, pendapat yang kebanyakkan nya diberi oleh rakyat Malaysia berbangsa Cina (39%).

Kaji selidik juga mendapati enam dari sepuluh orang (60%) berpendapat, tuan rumah perlu lebih telus dengan hartanah yang ingin diberi sewa. Beberapa informasi juga perlu dikongsi seperti jantina (65%), diikuti dengan warganegara (64%), status perkahwinan (63%), pekerjaan (62%). Satu dari empat orang (38%) percaya kaum penyewa adalah wajib diketahui oleh tuan rumah.

Jake Gammon, Ketua YouGov Omnibus Asia Pasifik berkata: "Rakyat Malaysia mempunyai pendapat yang pelbagai dalam isu kaum untuk penyewaan hartanah. Kaji selidik mendapati, jumlah mereka yang mengalami isu perkauman untuk menyewa hartanah agak tinggi. Walaupun ramai percaya iklan yang meletakkan kaum pilihan sebagai satu diskriminasi, sejumlah besar responden juga percaya tuan rumah yang memberikan sewa pada kaum tertentu adalah aspek perniagaan yang bagus. Etnik minoriti berpendapat isu ini adalah isu besar bagi mereka, majoriti pula berpendapat ini adalah hak tuan rumah sendiri."

***Keputusan diperoleh dari 1,204 responden rakyat Malaysia yang disoal selidik oleh YouGov Omnibus, dimana data statistik pula adalah dari profil-profil responden dewasa berumur 18+

oleh