Whatsapp mendahului carta tahunan BrandIndex Buzz YouGov Malaysia

Whatsapp mendahului carta tahunan BrandIndex Buzz YouGov Malaysia
oleh

Khidmat komunikasi sosial Whatsapp mendahului carta tahunan BrandIndex Buzz YouGov, selama empat tahun berturut-turut.

BrandIndex Buzz YouGov membuat kaji selidik dengan mengambil kira persepsi secara harian masyarakat umum dari pelbagai aspek. Carta tahunan ini adalah himpunan 'Buzz scores' selama 52 minggu untuk tahun 2018. 'Buzz scores' ini dikira berdasarkan persepsi umum dan populariti sesebuah jenama, sama ada positif atau negatif untuk 2 minggu yang lalu. 

Jenama digital mempunyai reputasi yang baik untuk berada di kalangan 10 teratas carta seperti platform beli belah online Lazada di tempat kedua (+47.9) dan Shopee (+42.9). Jenama telefon pintar dari Cina, Huawei berada di tempat kelima (+43.8). Laman perkongsian video YouTube pula di tempat kelapan (+41.4) dan Instagram di tempat kesepuluh (+40.2).

Dua syarikat penyedia makanan segera berada diantara 10 tempat teratas dengan McDonald's di tempat keempat (+45.1) dan KFC (+42.2) di tempah ketujuh, dan carta dilengkapkan dengan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia di tempat ketiga (+46.8) dan bank terkemuka tempatan, Maybank di tempat kesembilan (+41.0).


YouGov juga mendedahkan jenama yang mencatat peningkatan skor. Shopee mendahului carta dengan peningkatan sebanyak 29.6 mata, dihadapan Huawei (naik 12.3 mata) dan pengeluar kereta tempatan Proton (naik 11.4 mata).

Ketua Bahagian Data Produk, Ervin Ha berkata:"Jenama digital mendominasi carta Buzz tahun ini. Whatsapp terus kekal menjadi jenama yang sering mendapat komen positif dan menjadi pilihan utama - mengungguli carta untuk empat tahun berturut-turut. Kemudahan menjadi faktor penentu untuk carta tahun ini - sama ada dari segi khidmat komunikasi, jenama makanan segara mahupun portal pembelian online."