WhatsApp merupakan jenama yang diterima dengan sangat positif di Malaysia

WhatsApp merupakan jenama yang diterima dengan sangat positif di Malaysia
oleh

Data YouGov juga menunjukkan bahawa Shopee telah mengalami peningkatan terbesar dalam keteguhan jenamanya sepanjang tahun lalu di kalangan pengguna Malaysia

WhatsApp sekali lagi mendahului ranking keteguhan jenama tahunan YouGov BrandIndex di Malaysia Dalam senarai yang menampilkan sebilangan besar jenama global, perkhidmatan pemesejan mengungguli kedudukan tertinggi untuk tahun kedua berturut-turut.

Ia mendahului yang lain iaitu gergasi carian Google yang berada di tempat kedua, media sosial terkemuka Facebook di tempat ketiga dan peruncit dalam talian Lazada di tempat keempat. Firma perkhidmatan kewangan Maybank berada di kedudukan kelima, tidak begitu jauh meninggalkan perkhidmatan penstriman YouTube di tangga keenam.

Senarai ini dilengkapkan oleh produk pembersih Dettol (tempat ketujuh), pengilang kenderaan Honda (tempat kelapan), pengilang automotif Toyota (tempat kesembilan) dan rangkaian restoran McDonald's (tempat kesepuluh).

Ranking adalah berdasarkan skor Indeks YouGov BrandIndex, yang mengukur keseluruhan keteguhan jenama. Skor ini mengambil kira persepsi pengguna terhadap kualiti, nilai, tanggapan, reputasi, kepuasan jenama secara keseluruhan dan sama ada pengguna akan mengesyorkan jenama tersebut kepada orang lain.

 

Keteguhan jenama yang paling meningkat naik

YouGov juga menganalisis jenama mana yang mempunyai peningkatan ketara dalam keteguhan jenama sepanjang tahun lalu. Platform e-dagang Shopee setakat ini telah memperlihatkan kemajuan terbesar di kalangan warga Indonesia dalam tempoh 12 bulan yang lalu, menyaksikan kenaikan skornya sebanyak +16.1 mata. Ia dengan selesa mendahului pengeluar peranti Huawei, yang berada di tempat kedua dengan peningkatan sebanyak +10.5. McDonald’s pula berada di kedudukan ketiga, menyaksikan peningkatan skor sebanyak +6.7 sepanjang tahun lepas. Kedudukan lima teratas dilengkapkan oleh platform media sosial Instagram dan pembuat kereta Perodua (kedua-duanya +6.6).

Ranking global

YouGov juga menerbitkan ranking keteguhan jenama tahunan global untuk 2018. Ranking ini adalah berdasarkan enam juta temu bual yang dijalankan di 26 buah negara.

Google mengungguli ranking pertama keteguhan jenama tahunan global, diikuti oleh YouTube. Samsung melompat satu anak tangga berbanding tahun lalu, naik ke kedudukan ketiga. Begitu juga perkhidmatan pemesejan WhatsApp yang naik ke kedudukan keempat. Namun begitu, syarikat induk WhatsApp, Facebook, jatuh dari tempat kedua ke tempat kelima. Sementara Amazon kekal di tangga keenam dalam senarai tersebut, IKEA dan Lego masing-masing memasuki ranking pada tempat ketujuh dan sepuluh.