Separuh daripada pengguna media sosial akan membenarkan jenama menaja gambar mereka

Separuh daripada pengguna media sosial akan membenarkan jenama menaja gambar mereka
oleh

YouGov mendapati separuh rakyat Malaysia akan membenarkan jenama yang mereka suka menggunakan gambar-gambar mereka untuk pengiklanan dengan cara yang luar biasa dan tersendiri

Pada bulan Oktober, seorang lelaki British secara sah telah menukar nama tengah beliau untuk memaparkan kecintaannya terhadap salah satu jenama kegemarannya. Nathan Yorkshire Tea Garner membuat tindakan itu selepas seorang rakan sekerja mengatakan kepada beliau yang tabiat meminum 20 cawan teh setiap hari bermaksud beliau mungkin perlu menukar namanya.

Ketika Encik Garner mengambil langkah menunjukkan kecintaannya untuk Tea Yorkshire atas inisiatif beliau sendiri (walaupun syarikat itu ada memberi ganjaran dedikasinya dengan satu beg hadiah), berapa orangkah yang akan rasa gembira sekiranya jenama mendekati mereka secara terus untuk mengiklankan produk mereka dengan cara yang luar biasa dan tersendiri?

Penyelidikan baharu YouGov Omnibus menunjukkan bahawa 11% rakyat Malaysia akan mengikut jejak langkah Nathan Yorkshire Tea Garner iaitu bersedia menukar nama pertama mereka kepada nama jenama yang mereka suka. However, other means of sponsorship are far more popular.

Media sosial

Jenama telah pun memulakan pengiklanan dengan membayar pengguna media sosial yang popular (yang dikenali sebagai "orang berpengaruh") untuk mempromosikan produk kepada legion pengikut mereka. Namun begitu, walaupun pada masa ini peluang sedemikian tidak tersedia kepada sebahagian pengguna media sosial, terdapat keinginan untuknya.

Separuh (57%) pengguna media sosial bersedia untuk meletakkan logo jenama dan perkataan "ditaja oleh" di sudut bawah gambar profil di semua akaun media sosial mereka. Begitu juga 59% daripada mereka akan membenarkan jenama melakukan perkara yang sama untuk setiap kiriman di media sosial.

Melihat pada pengguna terkini rangkaian sosial individu baru-baru ini menunjukkan bahawa pengguna Twitter and LinkedIn adalah yang paling berkemungkinan akan membenarkan jenama yang mereka suka beriklan pada gambar profil mereka bagi mendapatkan wang tunai (65% akan sanggup) Kira-kira dua pertiga (66% dan 64%, masing-masing) juga bersedia untuk membenarkan jenama menaja semua gambar yang mereka paparkan.

Pakaian dan penampilan

Apabila jenama menaja pasukan sukan utama, mereka sudah pun mendapat pengiklanan bonus daripada peminat yang membeli dan memakai baju - yang mempunyai logo jenama merentangi bahagian tengah baju - ketika mereka berada di luar.

Hampir separuh (44%) sanggup mengambil langkah lebih jauh dengan memakai baju yang mempunyai gambar besar logo jenama di atasnya selama setahun. Lebih drastik lagi, satu daripada sepuluh (10%) akan sanggup untuk mencacah (tatu) kekal logo jenama yang mereka suka.

Kediaman

Walaupun penajaan pada bangunan telah dipraktikkan secara meluas, sebahagian besarnya dilakukan pada papan iklan khusus pada masa ni. Bagaimanapun, lebih daripada empat per sepuluh (46%) mahu jenama kesukaan mereka meletakkan sebuah papan iklan di luar kediaman mereka.

Muncul di kaca TV

Akhir sekali, 58% daripada rakyat Malaysia secara peribadi bersedia untuk muncul di televisyen untuk mengesyorkan jenama kesukaan mereka dalam sebuah iklan.

*Data dikumpulkan secara dalam talian oleh YouGov Omnibus antara 5 dan 12 Disember 2017 di kalangan 942 responden di Malaysia. Keputusan adalah mewakili populasi dewasa dalam talian.

Sumber gambar: Getty Image

oleh