3 daripada 10 rakyat Malaysia telah menggunakan janji temu dalam talian

3 daripada 10 rakyat Malaysia telah menggunakan janji temu dalam talian
oleh

Malaysia Social dilihat sebagai platform janji temu dalam talian yang mempunyai reputasi paling baik

Salah satu daripada idea pengasas internet adalah potensinya untuk menghapuskan keterasingan, namun begitu sesetengah orang mendakwa bahawa sebaliknya pula yang telah dicapai. Dari segi percintaan, ceritanya adalah lebih meyakinkan – ia mungkin tidak pernah lebih mudah untuk mencari teman, dan apabila stigma sosial berkenaan janji temu beransur hilang, ada sebab untuk mempercayai bahawa trend tersebut akan diteruskan.

52% daripada rakyat Malaysia mengenali sekurang-kurangnya satu pasangan yang bertemu secara dalam talian

Penyelidikan baharu YouGov mendedahkan skala fenomena di Malaysia. Seramai tiga daripada sepuluh (29%) rakyat Malaysia telah menggunakan aplikasi janji temu internet dan dalam talian. Ini meningkat kepada satu pertiga di kalangan generasi milenium.

Namun, enam daripada sepuluh generasi milenium juga mengatakan mereka akan malu untuk mengakui bahawa mereka telah bertemu dengan pasangan mereka melalui aplikasi/janji temu dalam talian. Sau perlima (18%) 'baby boomer' mengatakan hal yang sama. Walau bagaimanapun, 45% daripada semua responden mengatakan bahawa mereka tidak akan memikirkan pasangan yang bertemu dalam talian adalah berbeza daripada pasangan lain.

52% mengenali sekurang-kurangnya satu pasangan yang telah bertemu dengan cara ini. Sementara 54% daripada golongan milenium mengenali sekurang-kurangnya satu pasangan yang bertemu dalam talian, berbeza pula dengan 'baby boomer' iaitu hanya 42%.

Malaysia Social dan Malaysia Cupid dilihat sebagai perkhidmatan janji temu dalam talian yang mempunyai reputasi paling baik.

Boleh dikatakan bahawa janji temu dalam talian adalah sesuatu yang lazim di Malaysia sekarang dan merupakan pasaran yang semakin kompetitif.

Malaysia Social, Malaysia Cupid dan Tinder jelas menjadi kegemaran di Malaysia, semuanya mencatatkan skor antara yang tertinggi untuk kepopularan dan reputasi baik. Secara keseluruhan, kira-kira enam dari sepuluh responden pernah mendengar tentang perkhidmatan-perkhidmatan ini. Malaysia Social mempunyai reputasi terbaik di kalangan mereka yang pernah menggunakan perkhidmatan janji temu dalam talian, dengan 37% mengatakan bahawa ia dianggap mempunyai reputasi baik. Hanya 14% menganggapnya tidak bereputasi baik dengan memberikan skor bersih +23 – yang tertinggi di antara semua aplikasi yang dipaparkan dalam tinjauan tersebut.

Perkhidmatan yang paling kurang dikenali di kalangan semua responden juga dilihat sebagai yang paling kurang bereputasi di kalangan mereka yang telah menggunakan perkhidmatan janji temu dalam talian, menunjukkan bahawa populariti adalah kunci kejayaan dalam pasaran Malaysia. Pencatat terendah untuk kedua-dua kepopularan dan reputasi baik termasuklah Happn, Skout dan Twoo.

Janji temu dalam talian bernilai $2.2 bilion dalam Amerika sahaja dan Tinder menawarkan 26 juta padanan setiap hari. Dengan hampir tiga daripada sepuluh rakyat Malaysia (29%) mengatakan mereka lebih suka menemui bakal pasangan mereka secara dalam talian berbanding luar talian, nampaknya masih jauh lagi perjalanan platform janji temu internet untuk menghapuskan stigma mereka.

*Data dikumpul dalam talian antara 11 dan 28 September 2017 menggunakan panel YouGov seramai lebih 5 juta orang di seluruh dunia. Ia telah diwajarkan untuk mewakili populasi dalam talian. Saiz sampel: 1,058

Photo source: Getty Image / Zerbor