80% daripada wanita Malaysia mengatakan senggugut telah mempengaruhi keupayaan mereka untuk bekerja

80% daripada wanita Malaysia mengatakan senggugut telah mempengaruhi keupayaan mereka untuk bekerja
oleh

Penyelidikan YouGov research mendedahkan hanya 46% daripada mereka yang kerjanya telah terjejas telah memberitahu majikan mereka

Syarikat berpangkalan di Mumbai, Culture Machine telah menjadi tajuk utama akhbar baru-baru ini kerana menawarkan peluang kepada pekerja wanita untuk mengambil cuti pada hari pertama haid mereka. 

Sebanyak 86% wanita di Malaysia mengatakan bahawa mereka pernah mengalami senggugut, dan di kalangan wanita yang mengalami senggugut dan bekerja pada waktu tersebut, 81% mengatakan bahawa senggugut telah menjejaskan keupayaan mereka untuk bekerja.

Namun, kurang daripada separuh (46%) wanita Malaysia yang prestasi mereka telah terjejas pernah mengaku kepada majikan mereka bahawa senggugut adalah puncanya. Satu perlima (23%) memberitahu majikan mereka dengan alasan lain untuk masalah yang disebabkan oleh senggugut, manakala 32% tidak menyatakan apa-apa (sebahagian besar daripada kumpulan ini mungkin tidak mahu memberi majikan bahawa mereka tidak sihat dari awal lagi).

 

Dari segi apakah wanita mendapati adalah lebih sukar untuk bekerja kerana senggugut?

Lebih separuh (53%) mendapati bahawa senggugut menjejaskan keupayaan mereka untuk bekerja kerana ia membuatkan mereka sukar untuk menumpukan perhatian. Satu pertiga (32%) terpaksa berehat seketika kerana kesakitan, dan empat dalam sepuluh (42%) terpaksa pulang lebih awal (18%) atau mengambil cuti (22%) kerana kesakitan.

Masyarakat lambat menyedari bahawa senggugut boleh menjadi masalah yang signifikan bagi wanita yang bekerja, walaupun ia mula menampakkan perubahan. Selain daripada tindakan yang dilakukan oleh Culture Machine, negara-negara lain termasuk Korea Selatan, Taiwan, Indonesia dan Jepun telah menggubal undang-undang membolehkan wanita mengambil cuti ketika mereka sedang menstruasi (walaupun paling banyak adalah 3 hari yang diperuntukkan di Taiwan untuk senggugut). 81% wanita Malaysia menyokong langkah-langkah serupa diperkenalkan di negara mereka.

*Data dikumpul dalam talian antara 25 Ogos dan 7 September 2017 menggunakan panel YouGov seramai lebih 5 juta orang di seluruh dunia. Ia telah diwajarkan untuk mewakili populasi dalam talian. Saiz sampel: (Malaysia n = 1,303)