Satu daripada lima orang di APAC mengakui bahawa mereka ada berbohong di kurikulum vitae (CV) mereka

Satu daripada lima orang di APAC mengakui bahawa mereka ada berbohong di kurikulum vitae (CV) mereka
oleh

YouGov mendapati bahawa pembohongan yang paling biasa dilakukan adalah berkenaan pengalaman dan minat peribadi mereka

Penyelidikan YouGov yang baru mendapati bahawa satu perlima (18%) daripada penduduk Asia Pasifik mengaku telah berbohong di CV mereka (tambahan 5% yang mengatakan mereka akan “memilih untuk tidak menyatakan”). Tetapi, apakah pembohongan tersebut?

Keputusan menunjukkan bahawa pertama sekali, pengalaman adalah bahagian CV yang paling berkemungkinan untuk ditokok tambah, dengan empat daripada sepuluh (44%) résumé mempunyai pembohongan di bahagian ini.

Orang yang bimbang tentang tidak kedengaran cukup menarik pada bahagian "minat peribadi" dalam résumé mereka perlu mengambil perhatian bahawa ini juga merupakan satu pemalsuan yang agak biasa, dengan tiga daripada sepuluh (32%) pembohong CV mengaku yang mereka berbohong di bahagian ini. Pembohongan lain yang biasa dilakukan pada CV termasuk berapa lama responden telah bekerja dalam satu pekerjaan (30%) dan pendidikan atau kelayakan mereka (30%).

Pencari kerja yang lebih berusia adalah lebih cenderung untuk berbohong tentang umur

Walaupun meluangkan masa yang sedikit dalam pasaran kerja, secara keseluruhan, generasi yang lebih muda adalah lebih berkemungkinan untuk berbohong di CV mereka; hanya satu dalam tujuh (14%) daripada mereka yang berumur 45 tahun ke atas pernah berbohong di CV mereka, dibandingkan dengan satu dalam lima (20%) daripada mereka yang berumur bawah 45 tahun.

Walau bagaimanapun, di antara mereka yang telah berbohong dalam CV mereka, pencari kerja yang lebih tua lebih cenderung untuk menyatakan lebih banyak pembohongan. Khususnya, pencari kerja yang lebih berusia adalah lebih cenderung untuk berbohong tentang: umur mereka - suku (26%) daripada mereka yang berumur 45 tahun dan ke atas yang berbohong tentang CV mereka telah berbohong tentang umur mereka, berbanding dengan 16% daripada mereka yang berumur bawah 44 tahun; tempoh masa yang mereka habiskan dalam satu pekerjaan (37% daripada mereka yang berumur 45 ke atas kepada 29% daripada mereka yang berumur bawah 45); dan gaji semasa mereka (28% kepada 21%).

Colin Marson, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) YouGov Asia Pasifik, berkata, “Penemuan kaji selidik terbaru YouGov Omnibus mungkin mengejutkan sebahagian besar majikan dan perekrut, yang telah lama bergantung kepada CV sebagai cara utama untuk memilih calon. Melihat kepada potensi dan keupayaan teknologi baru muncul, para perekrut mungkin perlu melihat kepada model perekrutan bersepadu yang lebih pelbagai untuk memastikan syarikat mendapat calon yang terbaik – dan yang paling jujur(!) - pada masa akan datang.”

*Data dikumpul dalam talian antara 1 dan 21 Ogos 2017 menggunakan panel YouGov seramai lebih 5 juta orang di seluruh dunia. Ia telah diwajarkan untuk mewakili populasi dalam talian. Saiz sampel: Asia Pasifik (n = 9,241; Australia: 921; China: 1,014; Hong Kong: 1,019; Indonesia: 1,072; Malaysia: 1,092; Filipina: 1,047; Singapura: 1,044; Thailand: 1,019; Vietnam: 1,013)