Apakah aktiviti-aktiviti paling popular yang dilakukan pengguna secara bersendirian?

Apakah aktiviti-aktiviti paling popular yang dilakukan pengguna secara bersendirian?
oleh

Kelab malam dan bar adalah tempat kebanyakan orang tidak akan pergi sendirian

Menjadi bujang mempunyai kelebihannya – bukan sedikit kebebasan untuk melakukan apa yang anda mahu. Anda boleh pergi, melihat dan melakukan apa sahaja yang anda suka tanpa perlu berkompromi demi kepentingan orang lain. Tetapi, sanggupkah kita berbuat demikian? Lagipun, manusia adalah makhluk sosial Itulah sebabnya penyelidikan YouGov yang baru telah meneliti aktiviti-aktiviti yang mana kebanyakan orang melakukannya secara bersendirian.

Tiga perempat daripada penduduk Asia Pasifik telah memesan makanan bawa pulang untuk dimakan sendirian

Bukanlah sesuatu yang mengejutkan, kebanyakan responden pergi membeli-belah dan bersiar-siar seorang diri, dengan 84% dan 83% masing-masing menyatakan bahawa mereka telah berbuat demikian. Aktiviti-aktiviti solo yang lain termasuk memesan makanan bawa pulang (77%), pergi ke kedai kopi (72%) dan pergi ke restoran untuk makan malam (68%), dengan majoriti responden menyatakan bahawa mereka telah melakukannya sendiri pada satu ketika.

Di hujung skala yang satu lagi, pergi ke kelab malam sendirian adalah aktiviti yang paling kurang popular, dengan hanya 29% orang menyatakan mereka telah pergi sendiri, berbanding dengan 46% yang mengatakan mereka tidak akan berbuat demikian dan tidak akan bersedia untuk berbuat demikian. Aktiviti utama lain yang akan dielakkan termasuk mabuk di rumah (46% menyatakan mereka tidak akan berbuat demikian) dan pergi ke bar untuk minum (40%).

Aktiviti-aktiviti yang kebanyakan orang tidak pernah lakukan sendirian tetapi akan mempertimbangkan untuk melakukannya termasuk pergi bercuti ke luar negara (37%), mengikuti kelas gim (33%) dan pergi ke persembahan muzik (31%).

Separuh daripada orang lelaki telah pergi ke satu acara sukan sendirian

Dalam banyak hal, lelaki lebih berkemungkinan untuk mengambil bahagian dalam mana-mana aktiviti ini secara bersendirian berbanding wanita. Ini adalah pilihan yang betul bagi pihak wanita: selain daripada sanggup tetapi belum lagi melakukan aktiviti ni seorang diri, wanita secara khusus tidak melakukan perkara-perkara ini sendirian.

Pergi seorang diri ke acara sukan merupakan aktiviti yang paling bercanggah antara jantina. Separuh (51%) daripada orang lelaki telah pergi ke satu acara sukan sendirian berbanding satu pertiga (35%) kaum wanita Sebaliknya, hampir satu pertiga daripada wanita (29%) tidak sanggup pergi ke acara sukan secara bersendirian, berbanding hanya satu daripada lima (19%) lelaki.

Aktiviti-aktiviti lain yang tidak selari termasuklah memasuki bar untuk minum, pergi ke kelab malam dan berenang. Sesetengah perbezaan adalah jelas - lelaki lebih cenderung menjadi peminat sukan berbanding wanita - sementara yang lain dapat menunjukkan motivasi yang berbeza antara lelaki dan wanita untuk mengambil bahagian dalam aktiviti tertentu. Sebagai contoh, dalam hal pergi ke kelab malam. Mungkin bagi wanita, meluangkan masa dengan teman-teman adalah tujuan keseluruhan usaha. Namun bagi lelaki, mungkin pergi ke kelab malam berfungsi lebih sebagai cara untuk mencapai sesuatu matlamat.

Kaji selidik terbaru YouGov Omnibus menunjukkan bahawa pengguna solo adalah urusan yang besar. Bukan sahaja pengguna telah menjalankan beberapa aktiviti sendiri tetapi mereka juga berfikiran terbuka tentang memperluaskan pelbagai aktiviti yang mereka lakukan secara solo. Cabaran untuk jenama kini memberi mereka peluang dan keyakinan yang mereka perlukan untuk mengambil langkah seterusnya – memberi mereka dorongan untuk meneroka pengalaman baru.

*Data dikumpul dalam talian antara 1 dan 21 Ogos 2017 menggunakan panel YouGov seramai lebih 5 juta orang di seluruh dunia. Ia telah diwajarkan untuk mewakili populasi dalam talian. Saiz sampel: Asia Pasifik (n = 9,241; Australia: 921; China: 1,014; Hong Kong: 1,019; Indonesia: 1,072; Malaysia: 1,092; Filipina: 1,047; Singapura: 1,044; Thailand: 1,019; Vietnam: 1,013)