Tiga perempat daripada penduduk APAC berpendapat bahawa ia adalah baik untuk wanita melamar lelaki

Tiga perempat daripada penduduk APAC berpendapat bahawa ia adalah baik untuk wanita melamar lelaki
oleh

Penyelidikan baru juga menunjukkan separuh daripada responden yakin bahawa cincin pertunangan mungkin menelan belanja sekurang-kurangnya gaji sebulan

Apakah yang menjadikan lamaran itu sempurna? Penyelidikan terbaru dari YouGov, firma penyelidikan dalam talian terkemuka di dunia, mendedahkan bahawa tradisi masih kukuh diamalkan di seluruh Asia Pasifik. Namun begitu, walaupun masih ramai yang memilih tradisi, ramai juga di seluruh rantau ini yang menerima secara terbuka norma-norma peralihan dan baru.

Separuh daripada warga Australia menyatakan mereka tidak kisah jantina mana yang melamar

Di seluruh Asia Pasifik, dua pertiga (66%) responden percaya lelaki yang patut melamar wanita, walaupun ini sangat berbeza antara negara. Kepercayaan ini paling kuat dipegang di Indonesia (86%), Thailand (78%) dan Filipina (76%). Sebaliknya, rakyat Australia adalah yang paling santai; separuh daripada mereka yang temu bual (50%) berkata tidak kisah sama ada lelaki atau wanita yang melamar.


Walaupun kebanyakan responden mempunyai keutamaan yang tinggi untuk lelaki membuat lamaran, tiga suku (74%) daripada mereka yang ditemu bual menyatakan bahawa wanita melamar lelaki ada lah sesuatu yang boleh diterima, menunjukkan terdapat tahap fleksibiliti walaupun apa yang dijangkakan adalah lebih besar.

Berlian masih menjadi pilihan yang paling popular untuk cincin pertunangan

Pengguna juga menganggap cincin pertunangan, dengan hampir sembilan daripada sepuluh (88%) orang melihat cincin sebagai salah satu komponen teras untuk lamaran yang sempurna. Ini mengatasi tradisi penting yang lain; separuh daripada mereka yang ditemu bual (54%) melihat bunga sebagai penting, manakala hanya satu pertiga (36%) melihat lelaki turun melutut sebagai penting.

Untuk cincin pertunangan pula, hampir separuh daripada responden (46%) akan memilih cincin yang mempunyai berlian, manakala emas kuning menjadi pilihan logam yang paling popular, dipilih oleh 37% daripada mereka yang ditemu bual. Walau bagaimanapun, emas kuning kelihatan kurang bergaya bagi generasi muda; ia disukai oleh 41% daripada mereka yang berusia 45 tahun ke atas tetapi hanya disukai oleh 33% responden yang berumur 16-29 tahun. Perak adalah dua kali lebih popular dengan generasi ini berbanding generasi yang lebih tua, dipilih oleh 15% daripada responden berumur 16-29 tahun tetapi 7% responden berumur 45 tahun ke atas. Platinum juga agak popular di kalangan pengguna muda (15%) tetapi sekali lagi kurang menarik perhatian mereka yang berumur lebih dari 55 tahun (10%).

Tetapi kelebihan tersebut tidak memberi manfaat dan separuh (52%) responden percaya satu cincin pertunangan menelan belanja sekurang-kurangnya gaji sebulan. Pengguna China, Thailand dan Filipina merupakan pembeli terbesar, di mana 38%, 23% dan 20% responden (masing-masing) mahu berbelanja lebih daripada gaji tiga bulan untuk cincin pertunangan.


Memohon izin bapa pengantin perempuan sebelum bertunang adalah lebih penting bagi orang muda tetapi tidak bagi ibu bapa mereka

Satu lagi tradisi lama yang masih diamalkan ialah mendapatkan restu bapa pengantin perempuan sebelum bertunang. Di seluruh rantau ini, 85% masih percaya bahawa ini adalah penting. Ini melonjak kepada 96% di Indonesia, 94% di Thailand dan 94% di Vietnam. Walau bagaimanapun, hampir satu daripada empat (38%) warga Australia, 25% daripada warga Hong Kong dan seperlima (19%) rakyat Singapura percaya bahawa meminta izin bapa pengantin perempuan sebelum bertunang adalah tidak penting.

Ia juga kelihatan lebih penting kepada pasangan muda berbanding kepada ibu bapa: sementara hanya satu dari sepuluh responden yang berumur 16-29 tahun (9%) menganggap ia bukanlah sesuatu yang tidak penting untuk meminta izin bapa pengantin perempuan, seperlima (19% ) daripada mereka yang berumur 45 tahun ke atas berpendapat yang ia tidak penting.

Bertentangan dengan kearifan adat kebiasaan, apabila ia adalah berkenaan hal pertunangan, kelihatan seperti generasi muda yang ingin mengekalkan tradisi ini berbanding generasi tua.

*Data dikumpul dalam talian antara 1 dan 21 Ogos 2017 menggunakan panel YouGov seramai lebih 5 juta orang di seluruh dunia. Ia telah diwajarkan untuk mewakili populasi dalam talian. Saiz sampel: Asia Pasifik (n = 9,241; Australia: 921; China: 1,014; Hong Kong: 1,019; Indonesia: 1,072; Malaysia: 1,092; Filipina: 1,047; Singapura: 1,044; Thailand: 1,019; Vietnam: 1,013)