68% penduduk APAC percaya berita palsu di platform digital bawa masalah

68% penduduk APAC percaya berita palsu di platform digital bawa masalah
oleh
di

Istilah “Berita palsu” merupakan antara perkataan hangat 2017. Istilah ini dicipta semasa pemilihan presiden AS yang lalu, kini ia digunakan semakin meluas dalam kalangan penyiar, pengulas dan juga pengguna.

Penyelidikan baharu oleh YouGov, firma penyelidikan dalam talian terkemuka di dunia, mendedahkan majoriti penduduk APAC percaya "berita palsu" membawa masalah. Walau bagaimanapun, ia juga menunjukkan bahawa masalahnya pokoknya lebih sukar untuk ditakrifkan.

TV merupakan sumber berita paling dipercayai

Kajian itu mendapati pengguna menganggap TV sebagai sumber berita paling dipercayai, dengan tiga suku daripada mereka yang ditinjau (75%) amat percaya atau kurang percaya pada TV. Diikuti oleh radio (dipercayai sebanyak 70%) dan akhbar (68%), manakala digital adalah sumber berita paling kurang dipercayai (60%).

Namun pengguna juga menerima bahawa sumber-sumber ini mungkin bertanggungjawab untuk menyebarkan "berita palsu". Walaupun melaporkan tahap kepercayaan tinggi dalam TV, hampir separuh (47%) responden percaya terdapat masalah dengan berita palsu di TV. Angka yang sama dilaporkan berkaitan "berita palsu" dalam kandungan akhbar (49%) dan radio (41%). Walau bagaimanapun, kebimbangan responden terhadap "berita palsu" melonjak menjadi lebih daripada dua pertiga (68%) apabila berkaitan dengan kandungan digital.

Hanya satu daripada lapan orang yang meletakkan kepercayaan "tinggi" dalam berita yang rakan dan keluarga kongsi dalam talian

Media sosial merupakan laman utama untuk kandungan berita, dengan lebih satu pertiga daripada penduduk APAC (37%) berkongsi kandungan berita dalam talian di media sosial sekurang-kurangnya sekali sehari. Angka ini lebih tinggi di Thailand (54%), Vietnam (50%), Indonesia (44%) dan Filipina (40%).

Walaupun majoriti responden (58%) mengatakan mereka percaya berita yang rakan dan keluarga kongsi dalam media sosial, hanya 13% daripada responden "amat" percayakan berita yang rakan dan keluarga kongsi dalam talian. Warga Australia paling bersikap kurang percaya, dengan 7% responden tidak percayakan kandungan yang dikongsi oleh rakan dan keluarga mereka. Ini lebih daripada dua kali ganda purata serantau 3%.

Lebih separuh daripada responden APAC beranggapan lebih negatif terhadap jenama yang didapati mengiklankan di platform yang mengandungi berita palsu

Pengguna berhati-hati terhadap kandungan yang mereka lihat dalam talian dan lebih daripada separuh (56%) menjalankan penyelidikan bebas untuk memeriksa kesahihan cerita berita. Walaupun menyedari masalah "berita palsu", pengguna sukar menerima apabila jenama terkait dengan isu itu; majoriti responden (54%) akan berfikir lebih negatif terhadap jenama yang didapati mengiklan di platform yang mengandungi berita palsu. Tambahan pula, dua pertiga penduduk APAC (66%) akan kurang yakin dengan jenama jika mendapati ia diiklankan di platform mengandungi berita palsu

54% responden tidak akan lagi membuat pembelian daripada jenama yang didapati mempromosikan kandungan palsu atau mengelirukan

Kaji selidik itu juga menunjukkan bagaimana skandal jenama dapat mempengaruhi tingkah laku, serta pendapat pengguna. Sebagai contoh, jika pengguna mengetahui bahawa jenama telah mempromosikan kandungan palsu atau mengelirukan, majoriti pengguna tidak lagi akan membuat pembelian dari jenama ini (54%), memilih jenama lain pada masa akan datang (51%) atau beritahu keluarga dan/atau rakan-rakan mengenainya (51%). Selain itu, tiga daripada sepuluh pengguna (29%) akan berkongsi maklumat ini di media sosial dan satu perempat daripada pengguna (26%) akan memadamkan aplikasi jenama itu dari telefon mereka.

*Data dikumpul dalam talian antara 5 dan 13 Julai 2017 menggunakan panel YouGov daripada lebih daripada 5 juta orang di seluruh dunia. Ia telah diwajarkan untuk mewakili  populasi dalam talian. Saiz sampel: Asia Pasifik (n = 8,869; Australia: 1,006; Hong Kong: 950; Indonesia: 1,169; Malaysia: 1,552; Filipina: 1,045; Singapura: 1,062; Thailand: 1,080; Vietnam: 1,005)

oleh
di