Majoriti daripada penduduk di Asia Pasifik (56%) percaya bahawa kelelakian dan kewanitaan terbentuk

Majoriti daripada penduduk di Asia Pasifik (56%) percaya bahawa kelelakian dan kewanitaan terbentuk
oleh

Untuk kebanyakan daripada sejarah manusia, peranan jantina telah membahagikan manusia sejak dilahirkan ke dalam salah satu daripada dua kumpulan; lelaki dan perempuan. Memang apa yang dimainkan oleh peranan ini sangat-sangat berbeza, bergantung kepada tempoh dalam sejarah dan masyarakat yang anda lihat. Walaupun ramai yang menganggap tafsiran kontemporari mengenai jantina adalah kekal, penyelidikan baharu daripada YouGov yang menyelami sikap terhadap jantina di seluruh Asia Pasifik menunjukkan perubahan sedang berlaku pada masa ini.

Kurang daripada separuh daripada golongan muda percaya bahawa mereka menuruti stereotaip gender

Satu penemuan penting adalah skala peralihan generasi dari segi bagaimana golongan muda melihat kekuatan identiti jantina mereka sendiri. Pada skala 0-10, iaitu 0 bermakna benar-benar maskulin dan 10 bermakna benar-benar feminin, terdapat jurang 17 mata peratusan di antara lelaki berusia 16-29 tahun (39%) dan 45 tahun ke atas (56%) bagi mereka yang mentakrifkan diri sendiri sebagai benar-benar maskulin (0) atau hampir sepenuhnya maskulin (1). Jurang ini turut dilihat di kalangan wanita; sementara hanya kurang satu pertiga wanita (31%) berusia 16-29 tahun menyatakan mereka hampir sepenuhnya feminin (pada tahap 9 atau 10), hampir setengah (49%) wanita berusia 45 tahun mentakrifkan diri mereka hampir sepenuhnya feminin.

Perbezaan antara generasi juga dilihat dalam sikap terhadap kelelakian dan kewanitaan secara lebih umum; Sementara dua pertiga (67%) daripada mereka yang berumur 45 ke atas melihat kelelakian sebagai sangat positif atau agak positif, peratusan ini menurun kepada 58% di kalangan responden berusia 16-29 tahun. Perbezaan ini lebih didiamkan apabila ia adalah berkenaan sikap terhadap kewanitaan, walaupun trend adalah sama; 58% responden berusia 45 tahun ke atas melihatnya sebagai positif, berbanding dengan 54% responden berusia 16-29 tahun.

Orang muda juga kurang berkemungkinan untuk percaya bahawa mereka menuruti stereotaip jantina berbanding generasi yang lebih tua. Hanya 43% daripada mereka yang berusia 16-29 tahun sangat atau agak bersetuju bahawa mereka menuruti stereotaip jantina, berbanding dengan 51% bagi mereka yang berusia 45 tahun ke atas.

Kelelakian paling dikaitkan dengan kekuatan, kewanitaan pula paling dikaitkan dengan perasaan halus.

Walau bagaimanapun, apabila responden diminta untuk memilih tiga ciri yang paling berkaitan dengan setiap jenis jantina, generasi berbeza seolah-olah sependapat. Daripada 21 sifat, tiga sifat yang paling dikaitkan dengan kelelakian oleh responden berusia 16-19 tahun adalah kekuatan (dipilih oleh 55%), ketegasan (27%) dan kepintaran (24%); manakala perasaan halus (42%), emosi (33%) dan penyayang (29%) adalah tiga sifat yang paling kuat dikaitkan dengan kewanitaan. Mereka yang berusia lebih daripada 45 tahun mengenal pasti kekuatan (56%), keagresifan (31%) dan ketegasan (25%) sebagai sifat yang paling dikaitkan dengan kelelakian dan perasaan halus (47%), emosi (36%) dan penyayang (32%) untuk kewanitaan.

39% daripada responden percaya bahawa peranan jantina merupakan penghalang kepada kesamaan

Namun begitu, walaupun berkongsi pendapat tentang apa yang membentuk kelelakian dan kewanitaan, majoriti responden (56%) percaya bahawa ia terbentuk secara sosial. Pandangan ini menjadi pegangan paling kuat di Filipina (68%), Thailand (60%) dan Australia (58%), tetapi ia kurang dipersetujui di Vietnam, di mana hanya 39% responden yang bersetuju.

Penduduk Asia Pasifik juga mempunyai pendapat berbeza tantang kesan peranan jantina terhadap masyarakat, dengan hampir 4 daripada 10 responden (39%) bersetuju bahawa peranan jantina merupakan penghalang kepada kesamarataan. Ketika mereka di Thailand (49%), Singapura (45%) dan Australia (44%) paling berkemungkinan untuk percaya bahawa ini adalah benar, hanya suku daripada responden Indonesia (24%) yang bersetuju.

*Data dikumpulkan dalam talian antara 5 Julai dan 13 Julai 2017 menggunakan panel YouGov seramai lebih 5 juta orang di seluruh dunia. Ia diwajarkan untuk mewakili populasi dalam talian. Saiz sampel: Asia Pasifik (n = 8,869; Australia: 1,006; Hong Kong: 950; Indonesia: 1,169; Malaysia: 1,552; Filipina: 1,045; Singapura: 1,062; Thailand: 1,080; Vietnam: 1,005)