Pelancong milenium inginkan pengalaman budaya yang diindividukan

Pelancong milenium inginkan pengalaman budaya yang diindividukan
oleh

Data baharu daripada Laporan YouGov mendedahkan pelbagai cara belia hari ini tidak menjalani percutian seperti generasi ibu bapa mereka

Dengan tibanya musim panas dan sekolah mula bercuti, golongan muda di seluruh dunia bersedia untuk melancong.

Angka-angka baharu daripada YouGov, bagaimanapun, menunjukkan bahawa generasi Milenium yang lahir antara tahun 1980 dan 1999 tidak bersedia dengan cara yang sama, atau untuk perkara yang sama, sebagaimana generasi yang lebih tua. Tidak seperti orang tua mereka, belia hari ini mahukan pengalaman individu yang meneroka budaya tempatan — keperluan yang tidak dipenuhi oleh kebanyakannya pengusaha pelancongan tradisional.

Generasi Milenium dari UK, AS, Jerman dan China, sebagai contoh, menempah perjalanan mereka dalam talian pada kadar yang lebih tinggi daripada pengguna yang lebih berusia. Golongan muda ini juga menunjukkan minat yang lebih dalam perkhidmatan berasaskan platform, seperti Airbnb, Uber dan Lyft, berbanding pengguna yang lebih tua, sambil pada masa yang sama kurang berminat terhadap syarikat-syarikat sewa kereta konvensional dan rangkaian hotel nasional.

Kadar yang tinggi bagi percutian pantai untuk Milenium dari UK, AS, Jerman dan China.Jika dibandingkan dengan jenis perjalanan percutian yang disukai oleh generasi lebih tua, bagaimanapun, golongan muda secara keseluruhannya adalah jauh lebih cenderung memilih lawatan pengembaraan dan kebudayaan.

Secara ringkas: Generasi Milenium mahukan pengalaman yang lebih esoterik dan unik jika dibandingkan dengan kumpulan-kumpulan lain. Walaupun banyak destinasi mempunyai pelbagai jenis aktiviti yang mereka cari, kebanyakannya tidak mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk membangunkan sepenuhnya tawaran mereka atau menonjolkan keistimewaan mereka melalui pemasaran.

Akhir sekali, data tersebut menekankan bahawa pengusaha pelancongan tradisional perlu berubah jika mereka berharap untuk kekal relevan kepada pelancong muda hari ini.

YouGov Reports bermatlamat untuk mendedahkan kedua-dua trend yang besar dan butiran terperinci dalam pelbagai sektor merangkumi kewangan, teknologi serta makanan dan minuman. Setiap laporan dibangunkan dengan menggunakan data daripada YouGov Profiles dan YouGov BrandIndex.

Lihat laporan penuh* tentang pelancong Milenium di sini

*Laporan ini meliputi UK, AS, Jerman dan China.