Lebih daripada separuh responden Asia Pasifik berpendapat bahawa ia adalah semakin sukar hari ini!

Lebih daripada separuh responden Asia Pasifik berpendapat bahawa ia adalah semakin sukar hari ini!
oleh

Kesaksamaan jantina dan pemerkasaan wanita telah diperjuangkan selama beberapa dekad. Sebagaimana masyarakat berubah, kita melihat semakin ramai wanita memegang jawatan kanan dalam syarikat, yang berperanan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan ketua-ketua kerajaan di beberapa buah negara di seluruh dunia. Namun begitu, adakah peranan wanita di rumah turut berubah? YouGov, sebuah firma penyelidikan dalam talian yang terkemuka di dunia, telah melakukan tinjauan pendapat ke atas lebih daripada 9,000 orang di seluruh 8 negara di Asia Pasifik* untuk menyelidik pendapat orang ramai tentang peranan wanita di tempat kerja dan di rumah hari ini.

Empat daripada lima orang responden di Asia Pasifik yang ditemu bual bersetuju wanita yang berkahwin keluar bekerja

Apabila ditanya adakah mereka bersetuju seorang wanita yang telah berkahwin melibatkan diri dalam perniagaan atau industri sekiranya suami beliau mampu menyara beliau dan seluruh keluarga dari segi kewangan, kebanyakan responden Asia Pasifik (77%) bersetuju. Hong Kong mempunyai kadar persetujuan tertinggi iaitu 83%. Negara Asia Pasifik yang lain mempunyai peratusan persetujuan yang serupa (76% di Malaysia), kecuali Indonesia, di mana hanya 55% daripada responden di negara ini bersetuju.

 

Bukan sesuatu yang menghairankan, lebih ramai responden wanita (80%) berbanding responden lelaki (74%) bersetuju wanita keluar bekerja walaupun tidak mempunyai beban kewangan. Daripada semua kumpulan umur, generasi muda bekerja (berumur 25-34 tahun) adalah yang paling berkemungkinan besar untuk bersetuju iaitu sebanyak 79%.

Tujuh daripada sepuluh responden Asia Pasifik berpendapat bahawa kanak-kanak adalah lebih gembira jika ibu mereka berada di rumah

Namun, apabila ia adalah berkenaan membesarkan anak-anak, pendapat tersebut berubah. Tujuh daripada sepuluh responden (69%) berpendapat bahawa kanak-kanak adalah lebih gembira jika ibu mereka berada di rumah. Peratusan adalah tertinggi di Indonesia, di mana hampir empat daripada lima responden (79%) berpendapat bahawa kanak-kanak adalah lebih gembira sekiranya ibu mereka berada di rumah dan tidak bekerja.

Menariknya, ini adalah pandangan dominan di semua peringkat umur, status perkahwinan, status pekerjaan, tahap pendapatan dan tahap pendidikan di semua negara Asia Pasifik di mana temu bual telah dijalankan.

Dua daripada Tiga orang di Hong Kong berpendapat bahawa menjadi seorang ibu pada hari ini adalah lebih sukar

Pada masa kini, ramai wanita mempunyai lebih daripada satu peranan. Mungkin sebab ini, lebih separuh daripada responden Asia Pasifik (55%) berpendapat menjadi seorang ibu pada hari ini adalah lebih sukar berbanding dengan menjadi seorang ibu semasa zaman kanak-kanak mereka. Walau bagaimanapun, pandangan tersebut adalah sangat berbeza mengikut negara. Hong Kong paling berkemungkinan untuk bersetuju bahawa menjadi seorang ibu pada hari ini adalah lebih sukar (dengan 66% daripada responden berpendapat sedemikian); bagaimanapun, kurang daripada 40% orang di Vietnam mempunyai pendapat yang sama.

Sekali lagi, lebih ramai responden wanita (58%) berbanding lelaki (52%) berpendapat bahawa menjadi seorang ibu pada hari ini adalah lebih sukar. Apabila kita melihat status pekerjaan, mereka yang bekerja (57%) juga cenderung berpendapat bahawa menjadi seorang ibu pada hari ini adalah lebih sukar, berbanding dengan mereka yang tidak bekerja (51%).

Hanya 23% daripada responden Asia Pasifik berpendapat bahawa menjadi seorang ibu pada hari ini adalah lebih mudah, dengan baki 22% berasakan ia adalah lebih kurang sama seperti sebelum ini.

Data dikumpulkan dalam talian antara 26 Mac hingga 4 Apr 2017 menggunakan panel YouGov seramai lebih 5 juta orang di seluruh dunia. Ia diwajarkan untuk mewakili populasi dalam talian. Saiz sampel: Asia Pasifik (n = 9,242; Australia: 1,001; Hong Kong: 911; Indonesia: 1,140; Malaysia: 1,734; Filipina: 1,185; Singapura: 1,055; Thailand: 1,181; Vietnam: 1,035)