Hampir separuh daripada responden APAC rasa ia tidak mengapa untuk memakai stoking dengan sandal

Hampir separuh daripada responden APAC rasa ia tidak mengapa untuk memakai stoking dengan sandal
oleh

Sama ada seseorang itu bergaya adalah agak subjektif. Tetapi, kaji selidik terkini YouGov boleh memberikan anda petunjuk tentang larangan umum fesyen yang kebanyakan orang tidak mahu mengingkarinya.

Warga Australia paling tidak menyukai kombinasi sarung kaki-sandal

Apabila diminta untuk menyatakan "peraturan" fesyen mana yang dipatuhi secara sedar oleh responden APAC, 47% melaporkan bahawa mereka tidak memakai sarung kaki bersama sandal. Walaupun kombinasi sarung kaki dan sandal mendahului senarai larangan fesyen di APAC secara keseluruhannya, jawapan adalah agak pelbagai di negara-negara yang berbeza. Di APAC, warga Australia paling tidak menyukai kombinasi sarung kaki-sandal, dengan 57% responden mengatakan mereka tidak akan menggabungkan kedua-duanya. Namun begitu, di Indonesia, Malaysia dan Thailand, kurang daripada 40% di setiap negara berpendapat bahawa gabungan sarung kaki dan sandal adalah satu masalah.

Campuran corak lebih diterima di kalangan lelaki berbanding wanita.

“Peraturan” fesyen seterusnya yang paling diketahui oleh responden APAC adalah untuk tidak mencampurkan corak yang berbeza (contohnya jalur melintang dan menegak), dengan 35% daripada responden APAC tidak berbuat sedemikian. Namun demikian, kaum lelaki kurang mengambil berat tentang mencampurkan corak pada apa yang mereka pakai, hanya 29% lelaki mengatakan yang mereka tidak melakukannya sementara 41% wanita pula berpendapat bahawa ia tidak boleh diterima.

Terdapat juga 33% daripada responden APAC yang mengatakan bahawa mereka tidak memakai stoking atau sarung kaki dengan kasut yang berhujung terbuka di bahagian jari. Kaum wanita sekali lagi lebih prihatin tentang perkara ini berbanding lelaki (40% wanita dan 26% lelaki masing-masing mengatakan mereka tidak mencampurkan stoking atau sarung kaki dengan kasut berhujung terbuka di bahagian jari). Meneliti data mengikut negara, Hong Kong dan Vietnam mempunyai peratusan tertinggi responden yang mematuhi 'peraturan' fesyen ini, dengan kedua-dua negara mempunyai lebih daripada 40% daripada responden yang mengatakan mereka tidak berbuat demikian. Namun, ini kurang dipertimbangkan sebagai norma fesyen di Indonesia dan Thailand, dengan hanya 25% dan 21% daripada responden di negara masing-masing mengatakan mereka tidak memakai stoking atau sarung kaki dengan kasut berhujung terbuka di bahagian jari.

Filipina, Vietnam dan Indonesia meletakkan kepentingan tertinggi dalam mengikuti trend fesyen.

Terdapat pendekatan yang berbeza terhadap fesyen antara negara dan jantina. Tetapi, sejauh manakah pentingnya bagi orang ramai untuk mengikuti trend fesyen terkini? Di APAC, 51% daripada responden berpendapat bahawa ia adalah sangat penting atau agak penting. Walau bagaimanapun, di Australia, hanya sedikit lebih 30% daripada warganya berpendapat bahawa ia adalah sangat penting atau agak penting untuk mengikuti trend fesyen terkini, manakala di Filipina, Vietnam dan Indonesia, angka ini adalah dua kali ganda (dengan 60%, 62% dan 61% responden berpendapat bahawa ia adalah sangat penting atau agak penting untuk mengikuti trend fesyen terkini).

Data telah dikumpul daripada penyelidikan di kalangan ahli-ahli panel YouGov dan telah diambil sebagai wakil populasi dalam talian. Saiz sampel: Asia Pasifik (n = 9,037; Australia: 1,009; China: 1,003; Hong Kong: 1,003; Indonesia: 996; Malaysia: 1,003; Filipina: 1,008; Singapura: 1,004; Thailand: 1,004; Vietnam: 1,007)