Adakah Amazon akan disambut baik oleh pembeli Singapura?

Adakah Amazon akan disambut baik oleh pembeli Singapura?
oleh

Pada bulan November tahun lepas, kami ada mendengar bahawa gergasi peruncitan dalam talian iaitu Amazon merancang untuk melebarkan sayapnya ke Asia Tenggara dengan membuka sebuah pejabat di Singapura. Berita tersebut pertama kali dilaporkan oleh Techcrunch, dan kemudian menerima liputan lanjut dalam The Straits Times. Secara umumnya, para pengguna menganggap bahawa pengembangan korporat adalah berita yang positif. Namun begitu, denganAmazon belum mengumumkan rancangan pengembangan pasaran Asia Tenggaranya secara rasmi, adalah laporan pengembangan masih memberi kesan kepada persepsi jenama Amazondi kalangan pengguna Singapura? Dan, adakah ia akan menghangatkan lagi persaingan dalam pasaran e-Dagang yang telah sedia sesak di Singapura? YouGov BrandIndex boleh memberi anda petunjuk. 

Sebaik sahaja berita berkenaan muncul pada bulan November, skor Buzz Amazon meningkat sebanyak 8 mata dalam masa sebulan. Walaupun kami belum melihat apa-apa pengumuman rasmi daripada Amazon, nampaknya sentimen pasaran untuk Amazon telah pun menerima peningkatan di Singapura. 

Malah, bukan sahaja orang ramai semakin positif mengenai Amazon di Singapura, terdapat lebih ramai pengguna turut mempertimbangkan pembelian daripada jenama tersebut. YouGov BrandIndex menunjukkan bahawa skor Pertimbangan Amazon juga meningkat sebanyak 6 mata dalam masa dua bulan selepas rancangan pengembangan Amazon ke Asia Tenggara mula timbul.
 

 

Walau bagaimanapun, berita baik untuk Amazon nampaknya menjadi berita yang membimbangkan bagi pesaing-pesaing mereka. Membandingkan skor Kepuasan pelanggan Amazon dan pemain e-Dagang lain yang telah aktif di Singapura, Amazon juga menduduki tempat pertama dalam sektor itu, betul-betul sebelum pengumuman rasmi dibuat, apatah lagi masuk ke dalam pasaran. 

Walaupun kelihatan seperti sambutan hangat menanti Amazon di Singapura, hanya masa yang boleh menentukan jika sentimen positif terhadap jenama ini dan perkhidmatannya boleh berterusan selepas pembukaannya di Asia Tenggara. 

Skor ‘Buzz’ di bawah YouGov BrandIndex mengukur keseluruhan pandangan positif dan negatif pengguna terhadap sebuah jenama dalam sektor tertentu. Ia juga merupakan satu ukuran bagi kesedaran pengguna terhadap berita baik atau buruk; pengiklanan atau kempen perhubungan awam (PR); atau pelancaran produk yang berlangsung dalam tempoh masa tertentu. 

Skor ‘Pertimbangan’ diukur dengan bertanya kepada responden “Apabila anda pada masa akan datang berada dalam pasaran untuk membeli barangan, manakah antara berikut yang anda akan pertimbangkan untuk membeli?”

Skor ‘Kepuasan’ diukur dengan bertanya kepada responden “"Adakah anda pelanggan yang berpuas hati atau tidak berpuas hati?"

YouGov BrandIndex merupakan satu-satunya perkhidmatan penyelidikan persepsi pengguna harian terhadap jenama. YouGov Brandindex dilancarkan di Singapura pada Januari 2015. Kami telah memantau lebih daripada 250 jenama di Singapura secara berterusan, membolehkan pemahaman yang lebih telus tentang persepsi pengguna terhadap jenama-jenama ini.