Hanya 15% pengguna APAC menggunakan apl untuk membeli pakaian pada tahun lepas

Hanya 15% pengguna APAC menggunakan apl untuk membeli pakaian pada tahun lepas
oleh

Bagi kebanyakan peruncit, m-dagang merupakan kunci kepada pemasaran dan inovasi jualan pada 2016. Pengguna kini sukar untuk membuat pilihan tentang cara, bila dan di mana mereka mahu membeli produk mereka. Pakaian merupakan antara pasaran yang paling mencabar bagi e-dagang dan m-dagang kerana pelanggan telah biasa dapat mencuba produk sebelum membelinya. Kebiasaan ini telah sebati dan data tahap permukaan menunjukkan bahawa membeli-belah pakaian dalam talian masih berada di belakang saluran tradisional. Walau bagaimanapun, penyelidikan terkini dari YouGov, salah satu firma penyelidikan terkemuka di dunia, mendedahkan bahawa berlaku sudah terdapat perubahan dalam kebiasaan ini.

Membeli belah di kedai masih lagi menjadi trend membeli pakaian di APAC, diikuti oleh pembelian laman web dan perkongsian apl yang masih rendah

YouGov meninjau 9037 orang di seluruh Asia Pasifik pada bulan Disember 2016 untuk menyiasat tabiat membeli-belah pakaian di kalangan populasi dalam talian. Bagi pengguna di seluruh Asia Pasifik, membeli-belah di dalam kedai masih cara dominan membeli pakaian; lebih daripada tiga suku pengguna yang ditinjau (79%) telah membeli-belah di kedai pada tahun lepas. Membeli-belah di kedai amat ketara bagi pembeli di Hong Kong, Australia dan Malaysia, iaitu masing-masing 88%, 85% dan 84% telah berbuat demikian.

Membeli-belah dalam talian melalui laman web adalah kaedah kedua paling popular untuk membeli pakaian; hampir separuh daripada responden di APAC (45%) telah menggunakan laman web untuk membeli pakaian dan aksesori sejak setahun lalu. Populariti e-dagang telah melonjak di China, sebanyak tiga suku (75%) pengguna telah membeli pakaian melalui laman web sejak setahun lalu.

Pasaran tempatan dan penjaja juga mengekalkan beberapa populariti, menarik 28% daripada pengguna di Asia Pasifik. Mereka adalah yang paling popular di Vietnam, Filipina dan Malaysia, di mana 41%, 38% dan 36% daripada responden, masing-masing, telah membeli pakaian dari pada tahun lepas.

Sebaliknya, aplikasi masih belum menguasai arus perdana dan hanya digunakan untuk membeli pakaian sebanyak 15% daripada pengguna yang ditinjau pada tahun lepas. Penggunaan apl melonjak di Indonesia, China dan Singapura iaitu hampir satu daripada lima orang (19%, 18% dan 18%) membeli pakaian melalui aplikasi pada tahun lepas.

Generasi muda lebih daripada enam kali berkemungkinan untuk berbelanja melalui apl berbanding generasi lebih tua

Namun petunjuk menunjukkan bahawa trend membeli-belah bakal berubah. Generasi muda lebih daripada dua kali ganda berkemungkinan berbelanja menggunakan laman web pada tahun lepas dan lebih daripada enam kali lebih berkemungkinan berbelanja melalui apl berbanding generasi yang lebih berusia. Separuh daripada mereka yang berusia 16-24 (51%) telah berbelanja menggunakan laman web sejak setahun lalu dan hampir satu perlima (19%) telah menggunakan apl. Sebaliknya, hanya satu perempat daripada pengguna berusia 55 tahun ke atas (24%) berbelanja menggunakan laman web dan hanya 3% menggunakan apl.

Sebaliknya, membeli-belah di dalam kedai adalah yang paling popular dengan generasi yang lebih berusia; 90% daripada pengguna 55 tahun ke atas membeli-belah di kedai, berbanding 75% pengguna berumur 16-24 tahun. Ini menunjukkan bahawa, seperti yang dijangkakan, generasi muda mungkin lebih terbuka untuk membeli-belah dengan teknologi baharu berbanding generasi lebih berusia. Lama-kelamaan, apa yang menjadi pengecualian boleh menjadi peraturan.

Namun, pasaran dan penjaja tempatan seolah-olah menolak trend ini. Ia lebih popular dalam kalangan generasi muda berbanding lebih tua; 35% pembelian pasaran daripada pengguna berumur 16-24 tahun berbanding 23% bagi pengguna 55 tahun ke atas. Adakah penurunan barangan mahal berkaitan dengan kebangkitan semula pasaran tempatan, atau adakah golongan muda kekurangan wang tunai dan mencari alternatif yang lebih murah berbanding barangan mahal dan jenama mewah?

Dua pertiga daripada pengguna membeli-belah menggunakan apl kerana ia menjimatkan masa berbanding kedai-kedai fizikal

Manfaat membeli-belah pakaian menggunakan teknologi baharu masih lagi menjadi pilihan pengguna dan sebab yang paling popular menggunakan apl adalah untuk menjimatkan masa berbanding membeli-belah di kedai-kedai fizikal (dipetik oleh 69% pengguna yang membeli-belah menggunakan laman web sejak setahun lalu dan 66% dari pengguna itu menggunakan apl).

Lebih separuh daripada mereka yang membeli-belah dalam talian juga menghargai penjimatan harga, dengan 58% pengguna yang membeli-belah melalui laman web dan 54% membeli-belah melalui aplikasi menyebut bahawa harga merupakan kelebihan membeli-belah dalam talian.

Walau bagaimanapun, masih terdapat manfaat yang ketara apabila membeli-belah di kedai. Lebih tiga suku daripada mereka yang telah berbuat demikian (78%) suka mencuba pakaian sebelum mereka membelinya, 73% mahu memeriksa kualiti sebelum mereka membeli, dan 56% hanya menikmati keluar membeli-belah.  


Hampir 40% daripada pengguna percaya bahawa peruncit akan menutup kedai-kedai fizikal

E-dagang dan m-dagang masih jauh di belakang sebelum dapat mengatasi pengalaman, kemudahan dan juga keseronokan membeli-belah yang lebih tradisional. Terdapat perbezaan pendapat sama ada teknologi baharu memang dapat menyahut cabaran membeli belah. Walaupun 39% daripada responden percaya peruncit akan menutup kedai-kedai fizikal berikutan beli-belah dalam talian yang semakin popular, 36% pula berpendapat sebaliknya.

Walaupun masa depan membeli-belah pakaian masih tidak diketahui, pemerhatian ke atas tabiat membeli-belah generasi muda mungkin memberikan kita gambaran tentang trend yang akan datang.


Data telah dikumpul daripada penyelidikan di kalangan ahli-ahli panel YouGov dan telah diambil sebagai wakil populasi dalam talian. Saiz sampel: Asia Pasifik (n = 9,037; Australia: 1,009; China: 1,003; Hong Kong: 1003; Indonesia: 996; Malaysia: 1,003; Filipina: 1,008; Singapura: 1,004; Thailand: 1,004; Vietnam: 1,007)