Ikan merupakan hidangan yang paling popular untuk mengalu-alukan tahun Ayam Jantan

Ikan merupakan hidangan yang paling popular untuk mengalu-alukan tahun Ayam Jantan
oleh

Tahun baru cina adalah masa perayaan di seluruh Asia Pasifik dan hujung minggu ini tentunya akan dipenuhi dengan sajian makanan dan kemeriahan untuk mengalu-alukan tahun Ayam Jantan. YouGov, sebagai salah sebuah firma penyelidikan yang terkemuka di dunia, membuat tinjauan ke atas lebih 7,000 penduduk merentasi tujuh negara untuk mengetahui apa yang akan dilakukan.

Cara yang paling popular untuk menghabiskan masa semasa tahun baru adalah dengan menikmati hidangan makan malam dengan keluarga, iaitu separuh daripada mereka yang ditinjau (50%) berhasrat untuk melakukannya. Cara lain yang popular untuk menghabiskan masa cuti tersebut termasuk menonton TV (44%), membersihkan rumah (43%) dan melawat kawan-kawan atau saudara-mara (43%).

Amalan bertukar-tukar sampul merah adalah paling biasa di Hong Kong dan Vietnam, iaitu 63% dan 64% daripada mereka yang ditinjau (masing-masing) bersedia untuk memberi dan/atau menerima sampul; jauh di atas purata serantau sebanyak 35%.

Satu perempat daripada responden (25%) juga akan menghiasi kediaman mereka, namun dekorasi yang berbeza disukai di negara-negara yang berbeza. Manakala dui lian merupakan dekorasi yang paling popular di China (iaitu 88% daripada mereka yang menghiasi rumah mereka akan menghiasinya dengan dui lian), fu terbalik ialah pilihan utama di Hong Kong dan Singapura (67% dan 54%), tanglung ialah dekorasi kegemaran di Malaysia, Filipina dan Thailand (65%, 64% dan 66%), dan lukisan adalah pilihan pertama untuk mereka yang berada di Vietnam (61%).

Makanan perayaan juga berbeza mengikut negara. Ikan merupakan kegemaran utama di China, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand, iaitu 89%, 85%, 72%, 87% dan 79% (masing-masing) akan menikmati beberapa hidangan ikan. Di Hong Kong, lebih ramai penduduk yang akan menikmati kek lobak putih (78%), dan di Vietnam adalah daging babi (89%). Walau bagaimanapun, cita rasa tertumpu kepada ikan, yang akan dimakan oleh 78% daripada mereka yang ditinjau sepanjang musim perayaan tahun baru Cina. Makanan perayaan kegemaran lain yang popular di seluruh rantau termasuklah tangerin/oren (akan dimakan oleh 63% daripada responden sepanjang musim cuti tersebut), daging babi (62%) dan manisan (59%). 

festivefood.png

Kebanyakan responden akan menghabiskan tahun baru dengan keluarga; 70% daripada mereka yang ditinjau akan menghabiskan masa dengan ibu bapa sepanjang tahun baru, 49% dengan pasangan mereka dan 46% dengan adik-beradik mereka. Namun begitu, mertua tidak begitu popular kerana hanya satu perlima (21%) daripada responden akan berjumpa dengan keluarga pasangan mereka.


29% daripada e-ucapan tahun baru akan dihantar melalui perkhidmatan pemesejan segera

Terdapat perubahan dalam teknologi bagi mereka yang ingin memberi ucapan kepada orang tersayang semasa musim tahun baru. Cara yang paling popular untuk menghantar mesej tahun baru di seluruh rantau adalah melalui perkhidmatan pemesejan segera seperti WhatsApp dan WeChat (29%), media sosial (25%) dan SMS (25%). Sementara itu, menghantar kad ucapan melalui pos akan hanya digunakan oleh 6%, e-mel 12% dan e-kad 13%.

Walau bagaimanapun, trend berbeza-beza mengikut negara. Manakala pemesejan segera adalah paling popular di Hong Kong, Malaysia dan Singapura, SMS adalah paling popular di China dan Vietnam, manakala Thailand dan Filipina lebih menyukai media sosial. 

egreetings.png

Data telah dikumpul daripada penyelidikan di kalangan ahli-ahli panel YouGov dan telah diambil sebagai wakil populasi dalam talian. Saiz sampel: Asia Pasifik (n = 7,606; China: 1,019; Hong Kong: 1,005; Malaysia: 1,249; Filipina: 1,097; Singapura: 1,070; Thailand: 1,156; Vietnam: 1,010)