Malaysia dan Indonesia antara negara yang paling kurang memberi perhatian terhadap perubahan iklim

Malaysia dan Indonesia antara negara yang paling kurang memberi perhatian terhadap perubahan iklim
oleh

Daripada 17 negara yang ditinjau di seluruh dunia, Malaysia dan Indonesia adalah antara negara yang paling kurang memberi perhatian terhadap perubahan iklim - tetapi antara negara yang paling memberi perhatian terhadap kestabilan ekonomi.

Satu perjanjian yang menggariskan had kenaikan suhu global pada tahap 2C kepada  peringkat pra-industri ke atas telah dimeterai pada bulan Disember, hasil persepakatan hampir 200 negara mengenai pelepasan karbon. Ia merupakan perjanjian iklim pertama yang melibatkan komitmen semua negara untuk menghadkan pengeluaran karbon, yang akan berkuat kuasa pada tahun 2020 melalui gabungan langkah undang-undang dan sukarela. Pakej perjanjian tersebut termasuk $100 bilion setahun untuk peruntukan kewangan iklim bagi negara-negara membangun pada tahun 2020 dan juga untuk tahun-tahun yang seterusnya.

Penyelidikan terkini YouGov mendedahkan bahawa perubahan iklim dianggap sebagai isu dunia ketiga yang paling serius dihadapi oleh penduduk dunia, dengan jumlah peratusan sebanyak 12.8% kebimbangan selepas  keganasan antarabangsa (25.1%) dan kemiskinan, kelaparan dan kekurangan bekalan minuman (15.2%) .

Sampel tinjauan dari 17 buah negara di seluruh Asia, Amerika Utara, Eropah, Timur Tengah dan Australia  yang diambil dari November-Disember 2015 dalam menyenaraikan sembilan isu dunia yang dianggap sebagai isu yang serius, seterusnya memilih satu isu dari yang disenaraikan sebagai isu yang paling serius. Markah peratusan mewakili purata dan tahap kebimbangan untuk kedua-dua pemilihan.

Di Asia Pasifik, Malaysia mempunyai kebimbangan sebanyak 11.2% dan Indonesia sebanyak 11.4%, di bawah purata global (12.8%), dan negara yang melebihi purata hanyalah United Kingdom (10.8%), Amerika Syarikat (9.2%), dan Arab Saudi (5.7%) . Sebaliknya, Malaysia tersenarai sebagai negara yang paling memberi perhatian terhadap ketidakstabilan ekonomi dengan skor kebimbangan sebanyak  17.4%, melebihi 7 mata dari purata global.

Gerakkan tetikus di atas visualisasi di bawah untuk melihat di mana setiap negara pangkat dalam kebimbangan untuk setiap isu, dan sejauh mana setiap isu yang dilihat sebagai bermasalah.

Nombor menunjukkan peratusan perkongsian kebimbangan negara bagi setiap isu-isu berikut. Gerakkan tetikus di atas negara untuk melihat bagaimana kebimbangan mereka untuk setiap isu pangkat, dan lebih bar untuk melihat negara yang mempunyai tahap kebimbangan

Eropah
Asia
Australia
Amerika Utara
Timur Tengah

...

January 2016

UK mempunyai kepadatan penduduk yang ketiga tertinggi dari 17 negara (660 setiap batu persegi), yang mungkin menjelaskan beberapa kebimbangan terhadap pertumbuhan penduduk. Walau bagaimanapun Singapura (18,513 setiap batu persegi) dan Hong Kong (16,444) mempunyai kepadatan penduduk yang jauh lebih tinggi namun dalam masa yang sama mempunyai kebimbangan yang jauh lebih rendah mengenai pertumbuhan penduduk (5.1% dan 7.8% masing-masing). Jerman mempunyai kurang sedikit kepadatan penduduk berbanding UK (593 setiap batu persegi), tetapi mempunyai peratusan yang kurang daripada separuh (5.6%) dalam kebimbangan mengenai pertumbuhan penduduk berbanding Britain. Kebimbangan yang luar biasa di Britain ke atas isu ini mungkin dikaitkan dengan pempolitikan imigresen, yang mana isu ini dianggap sebagai isu paling penting yang dihadapi oleh negara ini sejak Mei.

Saudi Arabia, sebuah negara yang terletak di kawasan yang paling bergolak dari kesemua 17 buah negara dan sedang menghadapi konflik dengan Yaman, menunjukkan tahap kebimbangan yang tinggi terhadap konflik bersenjata berbanding negara-negara lain (dengan peratusan sebanyak 25.8% berbanding skor purata 10.6%). China, sebuah negara yang mengalami kesukaran ekonomi  disebabkan oleh sebahagiannya kerana harga minyak yang tidak menentu, adalah negara yang paling memberi perhatian terhadap isu kekurangan sumber tenaga (dengan peratusan sebanyak 15.2% berbanding purata 5.3%).

Data untuk tinjauan di Perancis telah dikumpulkan seminggu selepas serangan pengganas ISIS di Paris. Perancis adalah negara yang paling  bimbang tentang keganasan antarabangsa dengan peratusan kebimbangan sebanyak 33.7% berbanding purata global sebanyak 25.1%.

JANTINA

Terdapat pertindihan umum antara perbezaan dalam kebimbangan wanita Barat dan wanitaTimur berbanding lelaki, bagaimanapun jurang perbezaan antara jantina adalah lebih besar di Barat.

Wanita mendapati isu keganasan antarabangsa adalah lebih serius berbanding lelaki, dan di Barat jurang perbezaan antara jantina adalah 3.4. Wanita juga lebih prihatin tentang kemiskinan, kelaparan dan kehausan - dengan jurang sebanyak dua mata antara jantina di Barat.

Wanita Timur cenderung untuk menjadi lebih prihatin tentang konflik bersenjata berbanding lelaki, dan juga mengenai penularan penyakit berjangkit. Lelaki Timur dan Barat melihat pertumbuhan penduduk dan ketidakstabilan ekonomi sebagai isu yang sangat serius, namun jurang ini masih lagi lebih ketara di Barat.

Lihat seluruhnya