Teknologi Hijau

Teknologi Hijau
oleh

Pengurusan Sisa Buangan dianggap sebagai isu alam sekitar yang paling utama bagi penduduk Thailand, Indonesia, Singapura dan Malaysia. Manakala, penduduk-penduduk Hong Kong, China dan Australia mempercayai bahawa "Pencemaran" sebagai masalah yang lebih besar. 88% orang Asia mengetahui apa itu Teknologi Hijau tetapi secara majoriti (61%) hanya mengetahui sedikit sahaja tentangnya. Teknologi Hijau yang paling banyak telah dilaksanakan oleh orang Asia ialah: Pengurusan Sisa Buangan (28%) (iaitu kitar semula, pengurangan, penggunaan semula), Penggunaan Produk Mesra Alam (21%) (iaitu Produk Terbiodegradasi, Produk Dikitar Semula). 93% orang Asia mempercayai bahawa Teknologi Hijau dapat menyelesaikan masalah perubahan iklim/pemanasan global, tetapi separuh daripada mereka (50%) merasakan kesannya agak terhad.