YouGov Reports merupakan pusat tumpuan YouGov, memanfaatkan keseluruhan produk dan perkhidmatan penyelidikan kami yang inovatif untuk menyediakan perisikan pasaran komprehensif yang anda tidak akan dapati di mana-mana tempat lain.

Melalui panel pengguna proprietari YouGov, kami mengumpulkan data kami sendiri yang khusus, yang membolehkan kami memadatkan laporan kami, biasanya dengan 10 kali ganda jumlah penyelidikan pengguna asal yang didapati dalam laporan pasaran lain. Penganalisis yang amat berkelayakan menggunakan data ini untuk menyampaikan pemahaman, saiz pasaran, ramalan YouGov dan analisis jenama mengenai trend dan keadaan pasaran yang terkini.

Jika sesuatu berubah dalam pasaran anda, klien kami akan menjadi yang pertama mengetahuinya kerana metodologi penyelidikan kami membolehkan kami memberi respons dengan pemahaman pengguna yang baru dengan segera, dan platform dalam talian kami memastikan maklumat baharu ini disampaikan dengan serta-merta bagi memastikan anda berada di hadapan.

YouGov Reports diterajui pasaran kerana kami mempelawa klien kami memberi input ke dalam proses penyelidikan dengan mencadangkan soalan-soalan kaji selidik, menyediakan kandungan dan memberi panduan kepada kami tentang bidang yang ingin diselidiki. Kami meliputi pelbagai sektor dan kami mengeluarkan laporan ‘deep dive’ yang menganalisis isu-isu khusus dengan lebih mendalam.

Mengapa pilih Laporan Perisikan Pasaran YouGov?

  • Pelbagai jenis laporan perisikan pasaran yang merangkumi 1,500 bidang topik dalam 300 laporan
  • Platform dalam talian
  • Pendapat, sikap dan kelakuan pengguna
  • Trend, pertumbuhan dan ramalan pasaran
  • Analisis berwawasan, yang boleh diambil tindakan
  • Perisikan pesaing dan inovasi syarikat
  • Pemahaman jenama
  • Laporan antarabangsa

 

Contact

Email: ap.sales@yougov.com

Contact us

Want to know how your organization can be benefited from YouGov Reports?