Field dan Tab

Panel dalam talian kami yang melebihi 4 juta responden di seluruh dunia membantu kami untuk mendapatkan keputusan yang mewakili pendapat sesebuah negara. Namun terdapat juga pelanggan yang inginkan keputusan dari kumpulan sasaran tertentu. 

Terdapat juga syarikat-syarikat penyelidikan lain yang menghantar kaji selidik mereka secara berkelompok kepada ahli mereka dan berharap mereka akan mendapat beberapa kumpulan sasaran mereka untuk memberikan maklum balas. Di YouGov, kami berurusan terus kepada kumpulan sasaran.

Selama bertahun-tahun kami beroperasi, sistem kami masih mengingati apa yang telah disuarakan oleh ahli-ahli panel kami, bagaimana keadaan mereka telah berubah dan apa yang mereka suka lakukan. Ini membolehkan kami membahagikan ahli panel kami untuk mengenal pasti sasaran, untuk pelanggan kami mengajukan soalan buat kali pertama.

Melalui pangkalan data kami yang kukuh tentang tabiat, sikap dan tingkah laku di seluruh dunia, pasukan omnibus kami akan membantu para pelanggan untuk mencari tempahan asas yang betul dan secara kos-efektif  dalam mencari kumpulan sasaran yang tepat.

Sampel Tempahan

Panel kami mewakili semua demografi, membolehkan pelanggan untuk mencapai  hampir kesemua jenis kumpulan sasaran yang diinginkan, oleh itu ia adalah tidak mustahil untuk menjalankan penyelidikan ke atas kumpulan sasaran selain daripada yang ditunjukkan di sini.

  • Pembeli utama - sampel ini merupakan pembeli utama untuk seisi rumah, yang mana ia berguna untuk soalan berkaitan kesedaran produk, tabiat berbelanja, tingkah laku membeli-belah dan tindak balas kepada pengiklanan dan lain-lain.
  • Peminat sukan - sampel ini memberi tumpuan kepada sampel yang terdiri daripada pengikut sukan (bola sepak, ragbi, kriket, tenis dan sukan bermotor), yang mana ia berguna untuk soalan berkaitan keberkesanan penajaan, peluang pengiklanan, perkhidmatan dan penjenamaan.
  • Pekerja pejabat - menggunakan sampel pekerja sepenuh dan separuh masa dari pelbagai sektor industri untuk mengukur persepsi mereka terhadap strategi Sumber Manusia, sikap terhadap faedah dan kesan polisi, serta pandangan mengenai syarikat secara umum.
  • Bandar - kami boleh mendapatkan sampel yang mewakili responden di bandar-bandar utama di seluruh Asia Pasifik dan banyak lagi.
  • Dan banyak lagi…

 

Contact

Email: ap.omnibus@yougov.com

Contact us

Want to know how your organization can be benefited from YouGov Omnibus?