YouGov DestinationIndex


Metrik destinasi bagi pemasar destinasi

YouGov DestinationIndex menjejaki persepsi orang ramai mengenai tempat-tempat menarik yang paling popular di dunia. Ingin tahu pendapat sebenar orang ramai mengenai destinasi anda? Adakah anda tahu siapa yang berkemungkinan besar menjadi pelawat anda? Apakah cara terbaik untuk menjangkau mereka? Inilah masanya untuk mendapatkan kepastian.

Destinasi pelancongan yang berkualiti mempunyai strategi jenama yang berkesan dan berdasarkan maklumat yang lengkap. YouGov DestinationIndex memberi anda data dan analisis utama yang memberikan maklumat untuk strategi anda, dan akhirnya memberi anda keupayaan untuk mempengaruhi persepsi pelancong mengenai destinasi anda dalam masa sebenar. Ia menawarkan satu-satunya ukuran harian tentang prestasi anda dan pesaing anda di mata bakal pelancong.

Kami pada ketika ini menjejaki persepsi orang ramai mengenai 120+ destinasi pelancongan dalam 25 pasaran. Ketahui lebih lanjut

 

 

 

Menjejaki prestasi harian anda
 

Memantau persepsi orang ramai mengenai destinasi pelancongan anda pada setiap hari berdasarkan 16 ukuran yang berbeza.

Menjejaki persepsi terhadap pesaing anda

Menanda aras kejayaan anda berbanding dengan matlamat anda, pesaing anda dan keseluruhan pasaran anda.

Menggiatkan strategi anda yang berasaskan maklumat

Menggiatkan kempen yang berdasarkan pengetahuan mendalam dan disasarkan yang berkaitan dengan persepsi harian pengguna yang mantap terhadap jenama anda.

 

Ciri Utama

  1. Penjejakan Harian
    Kami meminta pandangan orang ramai SETIAP HARI mengenai destinasi anda tanpa kelengahan dalam pelaporan.
     
  2. Menyaring
    Data boleh disaring untuk melihat pandangan ribuan segmen audiens. Memahami dengan tepat bagaimana setiap segmen audiens memberikan respons terhadap jenama dan kempen pemasaran anda.
     
  3. Format
    Data boleh dipaparkan dalam pelbagai format carta garisan, bar, gelembung dan radar, jadual kedudukan, dan juga spreadsheet untuk disesuaikan dengan keperluan penilaian anda.
     
  4. Penskalaan Masa
    Tetingkap masa yang boleh disesuaikan membolehkan anda mengkaji gerak balas mikro dengan perspektif jangka pendek atau perubahan makro dalam jangka panjang. Boleh disesuaikan untuk memenuhi sebarang keperluan strategik.
     
  5. Eksport
    Semua carta dan data butiran boleh dieksport dalam pelbagai format untuk kegunaan dalam laporan anda sendiri atau analisis selanjutnya.
     
  6. Paparan Papan Pemuka
    Paparan praset yang boleh disesuaikan dapat memaparkan berbilang analisis untuk perspektif anda yang paling penting. Semua maklumat dikemas kini setiap hari dan adalah interaktif sepenuhnya untuk pelarasan segera mengikut keperluan anda.

 

Kegunaan Klien

  • Mengukur dan menjejaki kadar pertimbangan lawatan untuk destinasi anda dan juga destinasi pesaing anda.
  • Mengetahui kawasan mana di destinasi anda yang paling menarik/kurang menarik.
  • Memberi penarafan kepada status destinasi anda berdasarkan prestij, kualiti dan nilai berbanding yang lain.
  • Memahami faktor yang mencetuskan perbualan mengenai destinasi anda.
  • Menjejaki trend pelawat jangka panjang dan memahami sebab-sebab yang mendasarinya.
  • Mengukur kesan daripada acara, pesta/perayaan dan krisis terhadap tarikan destinasi anda.
  • Menilai bagaimana tingkah laku pengguna dan sikap yang mendasarinya boleh memberikan kesan terhadap persepsi jenama anda.
  • Mensasarkan responden dengan soalan susulan yang disesuaikan.
  • Menilai strategi jenama/prestasi kempen anda dan membuat penyesuaian sewajarnya.

 

Metrik destinasi bagi pemasar destinasi

Hubungi kami sekarang untuk reaksi pengguna harian terhadap destinasi pelancongan anda dan pesaing anda.contact us now

Contact

Email: ap.sales@yougov.com

Contact us

Learn more daily consumer reaction to your tourist destination and those that you compete with