Mengenai BrandIndex


Setiap hari bekerja, temu bual YouGov melibatkan beribu-ribu panel seramai  2.5 juta orang di seluruh dunia dalam talian, mengumpul data BrandIndex dari golongan  dewasa yang mewakili setiap negara.

Alat pelaporan dalam talian

Alat pelaporan dalam talian telah direka untuk menyediakan akses kepada data secara jelas dan segera. Hanya dengan menggunakan papan pemuka, anda boleh memilih mana-mana jenama dan sektor, mengikut tempoh masa dan jenis carta pilihan anda. Anda juga boleh menetapkan penanda aras jenama dan tahap sektor, serta membolehkan anda untuk menyemak prestasi dalam konteks pasaran utama. Data boleh dilihat berdasarkan demografi standard dan, bergantung kepada kawasan anda, dengan pelbagai pilihan tapisan langganan.

Semua pilihan anda boleh disimpan untuk kemudahan penggunaan, membolehkan anda untuk melihat set data penting serta-merta sebaik sahaja anda mendaftar masuk. Fleksibiliti  BrandIndex menjadikannya alat yang sempurna untuk membuat semakan segera terhadap kesihatan jenama anda (dan pesaing anda), dan penilaian pasaran yang lebih menyeluruh.

Pelangganan

Selain tinjauan bersindiket harian, anda juga boleh membuat tindanan soalan langganan tertentu ke dalam tinjauan BrandIndex - sama ada secara berterusan atau dalam tempoh masa tertentu apabila keadaan pasaran memandu perubahan dalam persepsi pengguna terhadap jenama anda.

Tapisan langganan

Tapisan langganan boleh digunakan untuk mengenalpasti segmen sasaran pelanggan utama, mengasingkan kesan kempen kepada pembaca sasaran untuk penilaian prestasi yang lebih tepat.

Contact

Email: brandindex.ap@yougov.com



Contact us

Want to know how your organization can be benefited from YouGov BrandIndex?