Frequently Asked Questions (FAQ)

A. Introduction

  1. Apa itu YouGov?
  2. Berapa lamakah masa yang diambil untuk melengkapkan satu tinjauan biasa?
  3. Bagaimanakah saya akan dimaklumkan tentang tinjauan baharu?
  4. Untuk tujuan apakah data yang dikumpulkan oleh YouGov digunakan?
  5. Siapakah yang membayar untuk semua tinjauan ini?
  6. Adakah maklumat yang saya berikan kepada YouGov akan dirahsiakan?
  7. Adakah saya akan menerima mesej e-mel daripada pihak lain selain YouGov?
  8. Adakah saya perlu membeli atau melanggan sesuatu?
  9. Di manakah saya boleh melihat mata ganjaran saya?
  10. Bagaimanakah cara untuk saya mengeset semula kata laluan saya?
  11. Di manakah saya boleh menukar alamat e-mel atau pos saya?
  12. Bagaimanakah cara untuk saya keluar dari YouGov?

B. Untuk Bermula

  1. Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk menjadi ahli YouGov?
  2. Di manakah saya boleh mendapatkan ID BIG shot saya?
  3. Berapa lamakah masa yang diambil untuk saya mendapat 250 mata AirAsia BIG selepas saya mendaftar sebagai ahli YouGov?

C. Menggunakan Mata Ganjaran YouGov

  1. Apakah jenis ganjaran yang ditawarkan kerana mengambil bahagian dalam tinjauan?
  2. Berapakah mata yang akan saya terima kerana melengkapkan tinjauan?
  3. Apakah nilai minimum untuk membuat penebusan?
  4. Adakah mata YouGov saya mempunyai tarikh tamat tempoh?

D. Menebus Mata Ganjaran YouGov

  1. Berapa lamakah masa yang diambil untuk mata BIG saya tertera di akaun AirAsia saya?
  2. Adakah saya perlu membayar untuk penghantaran dan pengendalian ganjaran saya apabila saya menebus mata ganjaran saya?
  3. Bagaimanakah ganjaran/wang tunai diserahkan selepas saya membuat permintaan penebusan? Apakah jenis maklumat yang perlu saya sediakan?
  4. Bagaimanakah saya boleh menebus mata ganjaran YouGov untuk ditukarkan kepada wang tunai?
  5. Berapa lamakah masa yang diambil untuk saya mendapat Baucar E-Gift Zalora?
  6. Berapa lamakah baucar Zalora boleh digunakan?
  7. Apakah pembekal/pengendali rangkaian yang tersedia bagi mendapatkan tambah nilai kredit mudah alih?
  8. Saya masih belum mendaftarkan nombor telefon saya dalam akaun my yougov saya, ke mana tambah nilai akan dikreditkan?
  9. Saya telah memasukkan nombor telefon yang salah semasa menebus tambah nilai kredit mudah alih, apa yang boleh saya lakukan?

E. Isu-Isu Umum

  1. Saya tidak boleh log masuk ke akaun saya
  2. Saya tidak dapat membuka pautan tinjauan
  3. Halaman persediaan dalam bahasa yang salah

A. Pengenalan

APAKAH ITU YOUGOV?

YouGov menjalankan tinjauan pendapat di Internet berkenaan politik, hal ehwal awam, produk, jenama dan topik kepentingan umum yang lain. Tinjauan pendapat YouGov disertai oleh orang ramai, dari seluruh rantau ini, yang bersetuju untuk berkongsi pandangan mereka mengenai pelbagai isu penting. Ia adalah percuma untuk disertai oleh sesiapa sahaja yang berumur 16 tahun dan ke atas.

BERAPA LAMAKAH MASA YANG DIAMBIL UNTUK MELENGKAPKAN SATU TINJAUAN BIASA?

MKebanyakan tinjauan YouGov adalah sangat pendek dan hanya akan mengambil masa anda kira-kira 5-7 minit untuk melengkapkannya. Secara keseluruhan, tinjauan biasa hanya mempunyai kira-kira 20 hingga 30 soalan yang agak pendek. Kadang kala, terdapat tinjauan yang lebih panjang atau tinjauan dengan soalan yang lebih kompleks. Tinjauan yang paling panjang akan mengambil tidak lebih daripada 20 minit untuk dilengkapkan.

BAGAIMANAKAH SAYA AKAN DIMAKLUMKAN TENTANG TINJAUAN BAHARU?

Setiap kali kami mempunyai tinjauan baharu untuk anda lengkapkan, anda akan menerima makluman melalui e-mel, dan anda akan dapat mengakses tinjauan secara terus dari e-mel tersebut.

UNTUK TUJUAN APAKAH DATA YANG DIKUMPULKAN OLEH YOUGOV DIGUNAKAN?

Data daripada tinjauan YouGov digunakan oleh media berita, kumpulan hal ehwal awam, institusi, syarikat dan agensi pemasaran, untuk mendedahkan dan menganalisis pendapat umum.

SIAPAKAH YANG MEMBAYAR UNTUK SEMUA TINJAUAN INI?

YouGov menjalankan tinjauan untuk pelbagai kumpulan pelanggan untuk membantu mereka lebih memahami pandangan orang ramai mengenai hal ehwal semasa, serta produk dan jenama pengguna.

YouGov ialah sebuah pertubuhan bukan-partisan. Kebanyakan daripada tinjauan kami tiada kaitan dengan politik. Kami juga menjalankan tinjauan pendapat untuk politik - sesetengahnya untuk pelanggan dan ada juga untuk pihak kami sendiri bagi menilai pendapat orang ramai di rantau ini. Tinjauan pendapat kami sendiri tidak ditulis dari mana-mana sudut pandangan politik, tetapi adalah bertujuan sebagai usaha sains sosial untuk membaca pendapat umum. Tinjauan yang kami jalankan tidak bertujuan untuk mempengaruhi pendapat anda, tetapi untuk memahaminya. Sila berasa yakin bahawa apabila anda menjawab tinjauan pendapat di YouGov, privasi anda adalah selamat, dan jawapan anda membawa perubahan.

ADAKAH MAKLUMAT YANG SAYA BERIKAN KEPADA YOUGOV AKAN DIRAHSIAKAN?

Ya. Jawapan anda hanya akan digunakan untuk penjadualan statistik, seperti "50% daripada orang ramai memihak kepada potongan cukai" atau "10% lebih ramai wanita menghargai Jenama X." Jawapan individu anda tidak akan didedahkan kepada sesiapa pun dengan cara yang mendedahkan identiti anda. Sila lihat Dasar Privasi untuk butiran lengkap.

ADAKAH SAYA AKAN MENERIMA E-MEL DARIPADA PIHAK LAIN SELAIN YOUGOV?

Tidak. Dalam apa jua keadaan, YouGov tidak akan memberi, menyewa atau menjual alamat e-mel anda kepada orang lain atau membenarkan mesej dihantar kepada anda oleh pihak ketiga.

ADAKAH SAYA PERLU MEMBELI ATAU MELANGGAN SESUATU?

Tidak. YouGov menjalankan tinjauan pendapat awam yang sah sahaja. Anda tidak akan diminta untuk membeli atau melanggan apa-apa.

DI MANAKAH SAYA BOLEH MELIHAT MATA GANJARAN SAYA?

Anda mesti log masuk untuk melihat mata ganjaran anda. Jika anda log masuk, ia akan dapat dilihat di sudut kiri bahagian atas pada halaman utama.

BAGAIMANAKAH SAYA BOLEH MENGESET SEMULA KATA LALUAN SAYA?

Jika anda terlupa atau perlu mengeset semula kata laluan untuk apa jua sebab, klik pada Terlupa Kata Laluan anda di halaman Log Masuk.

DI MANAKAH SAYA BOLEH MENUKAR ALAMAT E-MEL ATAU POS SAYA?

Anda boleh menukar alamat anda dari halaman akaun anda. Untuk pergi ke halaman akaun anda, pilih YouGov Saya kemudian Akaun dari menu atas.

BAGAIMANAKAH CARA UNTUK SAYA KELUAR DARIPADA YOUGOV?

Walaupun kami berharap anda gembira menjadi ahli laman web ini, sekiranya anda tidak lagi ingin menjadi ahli atas apa jua sebab, sila lawati halaman berhenti melanggan. Sila ambil perhatian bahawa anda akan kehilangan mata yang ada dalam akaun anda jika anda berhenti melanggan.

B. Untuk Bermula

ADAKAH SEBARANG BAYARAN DIKENAKAN UNTUK MENJADI AHLI YOUGOV?

Menyertai YouGov adalah percuma! Tiada caj yang dikenakan untuk menjadi ahli atau menebus mata.

DI MANAKAH SAYA BOLEH MENDAPATKAN ID BIG SHOT SAYA?

Mudah sahaja. Anda boleh melakukan salah satu yang berikut: 1. Log masuk ke profil ahli AirAsia anda di laman web AirAsia untuk menyemak Nombor Ahli anda atau 2. Log masuk ke portal BIG Shot anda di laman web AirAsia atau 3. Rujuk kepada e-mel alu-aluan yang telah dihantar terlebih dahulu oleh AirAsia atau 4. Hubungi AirAsia melalui AskBIG.

BERAPA LAMAKAH MASA YANG DIAMBIL UNTUK SAYA MENDAPAT 250 MATA AIRASIA BIG SELEPAS SAYA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI YOUGOV?

250 Mata BIG akan dipindahkan ke dalam akaun BIG anda dalam tempoh 10 hari bekerja selepas anda berjaya mendaftar dan melengkapkan tinjauan selamat datang.

C. Menggunakan Mata Ganjaran YouGov

APAKAH JENIS GANJARAN YANG DITAWARKAN KERANA MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM TINJAUAN?

Apabila anda melakukan tinjauan, anda mengumpul mata yang kemudiannya boleh ditebus menjadi wang tunai atau ganjaran hebat yang lain.

Beberapa cara kami memberi ganjaran kepada ahli-ahli kami dalam pasaran yang berbeza:

• Mata AirAsia Big

• Wang tunai secara deposit ke akaun PayPal atau kad Prabayar

• Kad hadiah untuk kedai dan restoran kegemaran anda

• Kredit mudah alih

• Sumbangan amal

Penafian Ganjaran

Mata ganjaran tidak mempunyai nilai kecuali apabila ia dituntut oleh pemegang akaun bagi tujuan penebusan ganjaran. Nilai ganjaran, mata yang diperlukan untuk ganjaran, dan ganjaran yang ditawarkan mungkin berubah dari masa ke masa tanpa sebarang notis. YouGov berhak untuk membuat perubahan dan pembetulan pada bila-bila masa, tanpa memberikan notis terlebih dahulu.

BERAPAKAH MATA YANG AKAN SAYA TERIMA KERANA MELENGKAPKAN TINJAUAN?

Jumlah mata yang boleh diperoleh kerana melengkapkan tinjauan ditentukan oleh panjang tinjauan. Biasanya, anda akan mendapat sehingga 400 mata kerana melengkapkan tinjauan yang mengambil masa 10-15 minit untuk dilengkapkan.

APAKAH NILAI MINIMUM UNTUK MEMBUAT PENEBUSAN?

Nilai minimum untuk penebusan ialah 5000 mata YouGov.

ADAKAH MATA GANJARAN YOUGOV SAYA MEMPUNYAI TARIKH TAMAT TEMPOH?

Tidak. Mata ganjaran YouGov anda tidak akan tamat tempoh.

D. Menebus Mata Ganjaran YouGov

BERAPA LAMAKAH MASA YANG DIAMBIL UNTUK MATA BIG SAYA TERTERA DI AKAUN AIRASIA SAYA?

Mata BIG anda yang diperoleh untuk Tinjauan Selamat Datang seharusnya tertera di akaun AirAsia anda dalam masa 10 hari bekerja dari tarikh permintaan diterima.

Mata BIG anda yang diperoleh untuk Penebusan Ganjaran seharusnya tertera di akaun AirAsia anda dalam masa 10 hari bekerja dari tarikh permintaan diterima.

ADAKAH SAYA PERLU MEMBAYAR UNTUK PENGHANTARAN DAN PENGENDALIAN GANJARAN SAYA APABILA SAYA MENEBUS MATA GANJARAN SAYA?

Tidak kecuali ia dinyatakan secara khusus dalam laman web. Dalam kebanyakan kes, anda akan menebus Mata anda untuk ganjaran pilihan anda dan biarkan kami menguruskan penghantaran!

BAGAIMANAKAH GANJARAN/WANG TUNAI DISERAHKAN SELEPAS SAYA MEMBUAT PERMINTAAN PENEBUSAN? APAKAH JENIS MAKLUMAT YANG SAYA PERLU SEDIAKAN?

• Wang tunai akan dipindahkan ke dalam akaun PayPal anda dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh permintaan diterima.

• Ganjaran seperti kad hadiah akan dihantar ke alamat pos anda dalam masa 1 bulan dari tarikh permintaan diterima.

• Mata AirAsia Big akan dipindahkan ke dalam akaun PayPal anda dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh permintaan diterima.

• Bagi memastikan penghantaran yang betul, sila masukkan alamat pos anda dan maklumat yang berikut: (1) Nama Bank (2) Nombor akaun Bank (3) Nama penuh (4) nombor telefon bimbit di bahagian 'Maklumat Saya' pada halaman akaun. Untuk maklumat akaun bank dan nombor telefon bimbit, sila masukkan dalam kotak 'Jalan'.

In order to ensure proper delivery, please input your postal address and the following information: (1) Name of the Bank (2) Bank account number (3) Full name (4) mobile number under 'My Info' of the account page. For the bank account information and mobile number, please input in the box of 'Street'.

BAGAIMANAKAH SAYA BOLEH MENEBUS MATA GANJARAN YOUGOV UNTUK DITUKARKAN KEPADA WANG TUNAI?

Sebaik sahaja anda telah berjaya mengumpul 5000 mata, anda boleh klik pada butang tebus untuk menebus SG$25. Sila ambil perhatian bahawa butang tebus yang berwarna merah tidak akan muncul jika anda tidak mempunyai mata yang mencukupi untuk penebusan.

Jika mata yang anda kumpul belum mencukupi, anda akan melihat:

Jika mata yang anda kumpul telah mencukupi, anda akan melihat:

BERAPA LAMAKAH MASA YANG DIAMBIL UNTUK SAYA MENDAPAT BAUCAR ZALORA SAYA?

Baucar Zalora akan dihantar ke alamat e-mel anda dalam masa 30 hari perniagaan selepas permintaan penebusan diterima.

BERAPA LAMAKAH BAUCAR ZALORA BOLEH DIGUNAKAN?

Baucar Zalora boleh digunakan sehingga 1 tahun.

 

APAKAH PEMBEKAL/PENGENDALI RANGKAIAN YANG TERSEDIA BAGI MENDAPATKAN TAMBAH NILAI KREDIT MUDAH ALIH?

Pembekal/pengendali rangkaian yang tersedia adalah seperti yang berikut,

  • DiGi Malaysia
  • Maxis Malaysia
  • TuneTalk Malaysia
  • UMobile Malaysia

Sila ambil perhatian bahawa soalan di atas hanya untuk Kad Prabayar sahaja

SAYA MASIH BELUM MENDAFTARKAN NOMBOR TELEFON SAYA DALAM AKAUN MY YOUGOV SAYA, KE MANA TAMBAH NILAI AKAN DIKREDITKAN?

Semasa melakukan penebusan, anda akan diminta untuk memasukkan nombor telefon anda. Anda juga perlu memasukkan kod negara dalam ruang yang disediakan.

SAYA TELAH MEMASUKKAN NOMBOR TELEFON YANG SALAH SEMASA MENEBUS TAMBAH NILAI KREDIT MUDAH ALIH, APA YANG BOLEH SAYA LAKUKAN?

Kami tidak akan bertanggungjawab untuk mana-mana maklumat yang dimasukkan semasa penebusan. Oleh itu, kami menggalakkan anda untuk sentiasa menyemak semula.

E. Isu-Isu Umum

SAYA TIDAK BOLEH LOG MASUK KE AKAUN SAYA

Jika anda tidak berjaya log masuk ke akaun anda, anda mungkin mengalami masalah teknikal dengan laman web kami. Sila cuba semula menggunakan URL sambil memberi perhatian yang teliti dalam mengisi maklumat yang betul. Jika masalah ini masih berterusan, sila hantarkan e-mel dengan URL dan kod pin yang anda cuba gunakan untuk log masuk, berserta dengan maklumat berikut dan kami akan memberi bantuan:

• Jenama dan model peranti

• Sistem pengendalian (OS) anda

• Versi pelayar

• Mesej ralat yang anda terima (sebaiknya disertakan dengan tangkapan skrin)

SAYA TIDAK DAPAT MEMBUKA PAUTAN TINJAUAN

Jika anda menerima pautan tinjauan yang bermasalah, anda mungkin berhadapan dengan yang berikut:

a) tarikh akhir untuk menjawab tinjauan ini telah tamat. Tinjauan kami biasanya sah hanya untuk 2 hingga 3 hari.

b) Kami menghadapi beberapa masalah teknikal yang menyebabkan pautan rosak. Kami memohon maaf atas masalah ini. Sila muatkan semula pelayar atau semak kemudian untuk meneruskan tinjauan anda.

HALAMAN PERSEDIAAN DALAM BAHASA YANG SALAH

Di sudut kanan atas pada halaman persediaan adalah ikon bendera. Ikon ini boleh digunakan untuk menukar bahasa. Jika bahasa yang anda inginkan tiada dalam senarai, sila hubungi kami dan kami boleh menambah bahasa tambahan.