Cookies Policy


Kuki dan teknologi yang serupa

Kami menggunakan "kuki" untuk meningkatkan pengalaman anda semasa anda menggunakan laman web dan aplikasi mudah alih kami.  Bahagian ini memberitahu anda tentang kuki yang kami gunakan, tugasnya dan pilihan anda berkaitan kuki.

 

Kuki adalah fail data kecil yang membolehkan laman web mengumpul dan menyimpan pelbagai data pada komputer meja, komputer riba atau peranti mudah alih anda.  Kami menggunakan kuki dan teknologi yang serupa, seperti tag dan piksel ("kuki") untuk membantu kami menyediakan ciri dan kefungsian di laman web dan aplikasi mudah alih kami dan secara umumnya memperbaiki cara ia bekerja.  Kami menggunakan kedua-dua kuki yang ditetapkan oleh YouGov (dipanggil 'kuki pihak pertama') dan kuki pihak ketiga (yang tidak ditetapkan oleh YouGov, tetapi oleh laman web lain dengan izin YouGov).

Kuki YouGov

YouGov menggunakan kuki untuk membolehkan anda melayari laman web kami dan menggunakan ciri-cirinya, dan untuk mengumpulkan maklumat mengenai pilihan dan keutamaan anda, yang membolehkan kami menyesuaikan laman web, contohnya dengan mengingati bahasa pilihan anda.  Jadual di bawah menyenaraikan dan menerangkan kuki pihak pertama yang diletakkan di laman web kami.

Nama kuki

Tujuan kuki ini digunakan

ygtrk

Apabila kuki ini diletakkan di laman web kami dan pelanggan kami, kami dapat menggunakannya untuk memahami bila anda telah melawat laman web tersebut, atau melihat iklan dalam talian.  Kami menggunakan maklumat ini, digabungkan dengan respons tinjauan anda, untuk membantu pelanggan kami memahami jika mereka telah menumpukan usaha pengiklanan mereka pada jenis orang yang tepat, dan kemudiannya menjemput anda menyertai dalam aktiviti penyelidikan kami untuk pelanggan tersebut.

surveypopup

Kuki ini membolehkan kami memberikan anda dengan mesej tetingkap timbul yang relevan apabila anda kembali ke laman web selepas melengkapkan tinjauan.

sessionid

Kuki ini membolehkan kami mengenali anda semasa penggunaan laman web kami.

ygmsg

Kuki ini membolehkan kami memberikan anda mesej maklum balas, seperti ralat pengesahan, dengan rakan kongsi luaran seperti Facebook.

django_language

Kuki ini membolehkan kami memastikan bahawa kami dapat memaparkan kandungan dalam bahasa yang betul, mengikut keutamaan anda.

Csrftoken

Kuki ini dikaitkan dengan platform pembangunan web Django, dan direka untuk melindungi laman web daripada serangan perisian pada bentuk web.

termsaccepted

Kuki ini memberitahu kami apabila anda telah menerima amaran kuki supaya kami tidak menunjukkan mesej yang sama berulang kali.

 

Kuki Pihak Ketiga

Jadual di bawah menyenaraikan dan menerangkan kuki pihak ketiga yang diletakkan di laman web dan apl mudah alih kami.  Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai kuki yang kami gunakan dengan mengklik pada pautan yang disediakan di bawah.

Jenis kuki

Tujuan kuki jenis ini digunakan

Kuki yang kami gunakan untuk mencapai matlamat ini

Kuki analisis

Kami menggunakan kuki analisis untuk memahami cara anda menggunakan laman web dan aplikasi mudah alih kami supaya kami dapat memantau prestasi dan akhirnya mempertingkatkannya.  Contohnya, dengan memahami cara anda menggunakan ciri dan halaman tertentu di laman web YouGov, kami boleh mengenal pasti dan membetulkan ralat halaman dan memperbaiki reka bentuk dan navigasi laman web.

New Relic

Konsol Carian Google

iTunes Connect iOS

Google Analytics (laman web dan aplikasi)

Google Tag Manager (laman web dan aplikasi)

Google Firebase (apl sahaja)

Fabric (apl sahaja)

Kuki pengiklanan

Kuki juga boleh digunakan untuk menyampaikan iklan dalam talian dan untuk menjejaki prestasi dan kecekapan kempen iklan.  Kuki pemasaran di laman web kami mengumpul maklumat tentang aktiviti pelayaran dalam talian anda, seperti halaman yang telah anda lihat, dan menggunakan maklumat itu untuk mencipta iklan dalam talian yang relevan yang akan anda lihat di laman web pihak ketiga.

Criteo

Facebook

Google DoubleClick

Google DoubleClick Counter

Google Adwords

Google Remarketing

Twitter

LinkedIn

Marketo

Adition

Kuki komunikasi

Kami bergantung kepada kuki tertentu untuk berkomunikasi dengan anda, dan anda berkomunikasi dengan kami.  Sebagai contoh, butang 'Sokongan' di laman web kami, dan keupayaan untuk anda mengulas pada kandungan dalam talian kami dikuasakan oleh kuki.

Zendesk

Disqus

Kuki rakan niaga

Kuki ini membolehkan rakan kongsi kami menggabungkan data tinjauan anda dengan data mereka sendiri menggunakan pengecam dalam talian biasa.  Rakan kongsi kami menggunakan data ini untuk mencipta dan memperbaiki produk dan perkhidmatan mereka, dan untuk mencipta khalayak agar pengiklan menyasarkan kepada komunikasi dan cadangan yang lebih relevan (walaupun anda tidak akan dimasukkan dalam khalayak ini).

Anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat, termasuk bagaimana anda boleh memilih keluar dari aktiviti ini, dalam bahagian 'Penggunaan data peribadi untuk penyelidikan dan pemodelan lanjutan' notis privasi ini.

Eyeota

mPlatform, sebahagian daripada GroupM

Adform

 

Pilihan anda berkenaan dengan kuki

Apabila anda mengakses laman web ini, anda diberitahu tentang penggunaan kuki kami.  Sekiranya anda terus menggunakan laman web, anda bersetuju dengan penggunaan kuki yang dijelaskan dalam notis ini.  Walau bagaimanapun, anda boleh menggunakan tetapan pelayar anda untuk menerima atau menolak kuki baharu dan memadam kuki sedia ada.  Fungsi 'Bantuan' dalam pelayar anda sepatutnya memberitahu anda cara, dan anda boleh mencari lebih lanjut mengenai cara anda boleh memadam dan mengurus kuki pada http://www.allaboutcookies.org/. Jika anda terutamanya bimbang tentang kuki pengiklanan pihak ketiga, anda harus merujuk kepada mekanisme pilih keluar pihak ketiga sama ada, Digital Advertising Alliance di http://www.aboutads.info/choices, ataupun Network Advertising Initiative di http://www.networkadvertising.org/choices.

Anda harus sedar bahawa menyekat penggunaan kuki mungkin bermakna bahawa anda tidak akan dapat memanfaatkan sepenuhnya semua ciri-ciri atau perkhidmatan yang disediakan di laman web ini.

Penjejakan e-mel

Beberapa e-mel yang kami hantar kepada anda mungkin mengandungi ‘piksel suar web’ atau pautan dijejak yang membolehkan kami mengenal pasti apabila anda telah membuka e-mel dan untuk mengesahkan pautan yang terkandung dalam e-mel yang telah anda akses.  Kami menggunakan maklumat ini untuk menentukan bahagian mana dalam e-mel kami yang paling menarik perhatian anda.

Anda boleh memadam piksel dengan memadamkan e-mel.  Jika anda tidak mahu memuat turun piksel ke komputer anda atau peranti lain, anda boleh berhenti melanggan dari senarai surat-menyurat kami pada bila-bila masa pada laman Akaun anda di laman web kami.

Hak-hak anda

Bahagian ini menjelaskan hak yang anda ada berkaitan dengan data peribadi yang kami pegang tentang anda.

 

Bergantung kepada undang-undang perlindungan data yang berkenaan, anda mungkin mempunyai hak tertentu berhubung dengan data peribadi yang kami pegang tentang anda, yang direka untuk memberikan anda lebih banyak pilihan dan kawalan ke atas data peribadi anda.  Hak-hak ini dijelaskan di bawah.

Hak

Apakah maknanya?

Hak untuk meminta akses kepada data peribadi

Anda boleh meminta salinan data yang kami terima tentang anda dan maklumat yang berkaitan

Hak untuk meminta pembetulan data peribadi

Anda boleh meminta kami membetulkan apa-apa data yang tidak tepat tentang anda dan untuk menyelesaikan apa-apa data yang tidak lengkap yang kami pegang tentang anda

Hak untuk meminta pemadaman data peribadi

Anda boleh meminta agar kami memadamkan data peribadi yang kami pegang tentang anda

Hak untuk menarik balik persetujuan / berhenti melanggan

Anda boleh menarik balik persetujuan anda untuk pemprosesan data berterusan pada bila-bila masa

 

Melaksanakan hak anda

Anda boleh menggunakan mana-mana hak ini dengan menggunakan butiran perhubungan di bawah.  Sebaik sahaja anda telah menyerahkan permintaan anda, kami boleh menghubungi anda untuk meminta maklumat lanjut mengesahkan identiti anda (kerana kami ingin memastikan andalah yang sebenarnya meminta data anda) atau untuk membantu kami menjawab permintaan anda.  Kecuali dalam kes-kes yang jarang berlaku, kami akan memberi respons kepada anda dalam tempoh 1 bulan (atau, jika lebih pendek, jangka masa yang diperlukan oleh undang-undang negara yang berkaitan) apabila menerima maklumat ini atau, jika tiada maklumat sedemikian diperlukan, selepas kami menerima butiran lengkap permintaan anda.

E-mel:   your.rights@yougov.com

Surat Menyurat:               The Data Protection Officer

YouGov Plc

50 Featherstone Street
London
EC1Y 8RT
United Kingdom

 

Membuat aduan dengan pengawal selia

Anda berhak untuk membuat aduan dengan pengatur perlindungan data apabila hak undang-undang anda telah dilanggar, atau jika data anda telah atau sedang digunakan dengan cara yang anda percaya tidak mematuhi peraturan perlindungan data. Butiran hubungan untuk pengawal selia di Malaysia, Jabatan Perlindungan Data Peribadi (Department of Personal Data Protection - PDP), boleh didapati di laman webnya, yang juga mengandungi butiran tentang cara membuat aduan.  Walau bagaimanapun, kami menggalakkan anda untuk menghubungi kami sebelum membuat sebarang aduan dan kami akan berusaha menyelesaikan sebarang masalah atau kebimbangan yang mungkin anda miliki.

 

Cara menghubungi kami

Jika anda mempunyai soalan mengenai notis ini, tentang cara kami mengumpul, menyimpan dan menggunakan data peribadi, atau jika anda mempunyai rungutan anda ingin bangkitkan dengan kami, anda boleh menghubungi Pegawai Perlindungan Data kami di dataprotection@yougov.com.

Jika anda mempunyai sebarang soalan, kebimbangan atau maklum balas yang lebih umum, sila hubungi kami di supportap@yougov.com.

 

Bahasa dan kemas kini notis ini

Selaras dengan undang-undang perlindungan data tempatan, notis ini tersedia dalam Bahasa Inggeris dan semua bahasa lain di tempat kami menjalankan penyelidikan di negara ini.  Sekiranya terdapat apa-apa ketidakselarasan atau percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan mana-mana versi terjemahan lain, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

Notis ini telah dikemas kini terakhir pada tarikh yang muncul pada permulaan notis.  Walaupun kami berhak untuk membuat perubahan pada notis ini pada bila-bila masa, kami akan memaklumkan kepada anda melalui e-mel sebelum sebarang perubahan yang secara material mengubah atau memperluaskan tujuan penggunaan data peribadi kami.  Sekiranya anda membantah sebarang perubahan masa depan, anda boleh menutup akaun anda dengan pergi ke laman Akaun anda dan mengklik ‘berhenti melanggan’.

Berkuat kuasa: 22 April 2019